Sabtu, 17 Mei 2014

Trip to Alor Setar....11-16 Mei 2014..

Minggu yang memenatkan dah berakhir...opss...mana yang lebih memenatkan?? penat mental atau penat fizikal? Rasanya dua-dua sama...dekat fakulti penat mental, dekat site visit penat fizikal...huhu..

Ni baru balik dari Alor Setar, Kedah hari jumaat lepas selepas 6 hari berkampung kat sana buat projek Town Centre. Town centre punya pasal semua team Town Centre dah tau selok-belok bandar Alor Setar terutama area Pekan Rabu, Masjid Zahir, menara Alor Setar, MBAS dan byk lagi..kalau pergi lagi confem tak sesat..haha..mana taknya dari isnin sampai khamis dari 9 pagi sampai 4.30 petang kerja kitaorang merayau sekitar bandar kumpul maklumat..kalau pergi dengan kereta atau bas tak apa..ni kita orang kena jalan kaki!!!

Dari apa yang boleh nampak bandaraya Alor Setar penuh dengan bangunan-bangunan lama n bersejarah. Sangat unik..cantik dan rasa bukan kat Malaysia.


Ni pejabat pos tapi tak tau la pejabat pos ni masih guna lagi ke tak..

Ni pula Balai Polis..kalau tengok dari dekat rasanya balai polis ni tak guna lagi..

Balai Polis dengan pejabat pos ni berdepanan je sebenarnya. Kat sebelah Balai Polis lama tu la Ibu Pejabat Polis yang beroperasi sekarang ni.

Kenangan perjalanan  6 hari pergi n balik Alor Setar...

Kitaorang bertolak dari bas stop FSPU menaiki bas UiTM pukul 9 pagi hari ahad dan sampai lebih kurang pukul 4 setengah petang kat Alor Setar. Sepanjang perjalanan kita orang berhenti kat 2 RnR tak ingat RnR mana. Sampai Sungai Petani kita orang singgah lagi atas arahan lecturer yang nak kita orang bandingkan kemajuan Sungai Petani dengan Alor Setar. Sempat jugak la turun minum cendol n makan laksa Kedah ( thanks utk abang bas yang ajak kita orang turun rasa cendol Sungai Petani). Lepas makan kita orang pusing bandar Sungai Petani sekejap dan teruskan perjalanan ke Alor Setar. Sampai je Alor Setar terus je pergi ke Nuri Homestay tempat penginapan sepanjang kat sana. Agak selesa, rumah teres dua tingkat kita orang sewa 2 buah satu untuk lelaki n satu lagi untuk perempuan.

Malam pulak abang bas tu bawa kita orang pergi makan. Tak ada yang tau tempat makan yang best kat kawasan tempat tinggal jadi terjah je la tempat makan yang nampak best..kita orang singgah kat sebuah tempat yg macam medan selera, bila masuk je kita orang semua tergamam!! tau kenapa?? lebih 5 orang lelaki datang kat kita orang n kata "adik mari duduk kat sini".."adik nak makan apa? duduk kat sini".."adik mari makan kat sini"..tu baru yang datang kat kita orang ajak duduk kat gerai mereka..ada pula yang siap bawa meja tambahan dari dalam gerai dan letak kat depan kita orang!!! bukan seorang yang angkat meja tp 2-3 orang dari gerai berbeza..adoi..kita orang tak decide lagi nak makan kat gerai mana la..seram dengan cara diorang ni pisiko pelangan..last2 kita orang duduk je la kat mana2..

Hari kedua bermula lah kerja..merayau sekitar Alor Setar hinggalah hari keempat...

Hari terakhir..dalam perancangan kita orang kena pergi Bukit Kayu Hitam..ni pun di atas arahan lecturer yang nak kita orang tengok keadaan sempadan tu sambil shopping n tenangkan fikiran..tapi kata abang bas tempat tu x menarik pun..jadi abang bas cadangkan kita orang pergi Padang Besar,  Perlis..sebenarnya kita orang nak pergi jugak Padang Besar hujung bulan ni trip untuk subjek Recreation and Tourism Planning tapi tak pe la nanti pegi lagi..pasal padang besar nanti-nanti la cerita..

Otw nak  ke Padang Besar salah seorang abang bas tak sihat..jadi abang bas sorang lagi hantar dia g hospital..kita orang tunggu sampai pukul 3 tunggu abang tu dah okey baru gerak balik...tidur je sepanjang perjalanan...rasanya ada la dalam 4 kali bas berhenti kat RnR n budak2 ni turun makan..tapi ramai yang sambung terus tidur sebab penat sangat..dalam pukul 10 malam bas berhenti kat RnR Tapah kat sana baru la segar sikit nak turun dan makan..lepas tu sambung perjalanan lagi...tiba-tiba tengah tidur classmate kecoh sebab dalam bas dah berasap dan bau terbakar!! abang bas berhenti kat tepi dan suruh kita orang turun..semua panik jugak masa tu..bila dah cek abang bas suruh kita orang naik n teruskan perjalanan tapi x sampai 200 meter asap makin teruk..kat luar bas asap dah banyak n bas terus berhenti kat tepi highway..masa tu dah 11 setengah malam..abang bas kata bas ni tak boleh jalan dah..dia call bas UiTM lain tuk ambik kita orang kat tepi highway..selepas beberapa jam tunggu baru la bas lain sampai dekat pukul 1 pagi.. haih...macam2 dugaan..akhirnya sampai jugak kat UiTM..

Terima kasih tuk abang bas yang bawa kita orang dari Shah Alam > Alor Setar > Bukit Kayu Hitam > Padang Besar n balik semula ke Shah Alam... n x lupa jugak abang bas yang ambik kita orang kat tepi highway pagi2 buta...hehe..kesian abang tu sedap2 tidur terganggu sebab kena ambil kita orang..

banyak pengalaman sepanjang trip kali ni...gambar-gambar lain sepanjang kat sana nanti2 la masukkan..




3 ulasan:

  1. Sewa rumah,mkn smua tanggung sndiri ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..smua tanggung sendiri tp boleh claim kat pihak u..cuma x de la dapat full..myb dpt suku atau separuh je..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam