Rabu, 20 April 2016

Pengalaman mengajar kita...cerita budak intern..

Alhamdulillah..rezeki minggu ni. Hari tu dapat spagetthi. Hari ni dapat nasi ayam. Murah betul rezeki Jabatan Kerja Raya ni..Thanks bos sebab belanja. Sedap sangat.

Okey bukan nak cerita pasal tu tapi hari ni banyak benda baru yang aku belajar. Dari 8.30 pagi aku sampai. Aku terjebak dengar cerita bos..haha..Bos ni bos lain bukan yang belanja makan tu. Ni bos atas lagi kat bahagian pentadbiran yang juga merangkap kawan baik abah.

Fuh..dia memang pandai bercerita. Abah dah cakap dulu kawan dia yang ni memang tak akan habis kalau bercerita. Tapi best juga dengar cerita dia. Bermula dengan jati diri, akhlak, akidah, sistem pendidikan, lepas tu masuk pasal anak-anak dia, aktiviti hujung minggu dia dan balik semula kepada sistem pendidikan yang menyebabkan kes buli berlaku. Banyak lagi sebenarnya.. Dari pukul 8.30 pagi sedar-sedar dah pukul 10.18 pagi.. haha..Hebat tak dia bercerita??

Tak lama lepas dia habis cerita aku dapat satu panggilan dari kaunter. Aku bukan jenis yang suka jawab panggilan. Kadang-kadang suka sangat nak elak kalau ada panggilan masuk.

Tapi hari ni nasib tak baik kot. Akak kaunter tu minta tolong aku jaga kaunter kejap. Okey..jaga kaunter tak apa tapi ni jawab telefon sekali.

Adoi..aku tak ada basic langsung cara nak jawab panggilan. Nak tekan apa. Nak sambung panggilan macamana. Gelabah gila. Aku berlari dari kaunter ke jabatan yg paling dekat. Minta tolong..haha..

Semua orang macam tu ke? Ke aku seorang je yang gelabah?

Ahad, 17 April 2016

Cara untuk unlock stereng kereta..

Hari ni aku dapat satu lagi pengalaman.

Serius cuak. Masa parking kereta kat office tadi, aku tengok tayar kereta senget dan dengan confident nya aku pulas stereng kereta nak bagi lurus tanpa start enjin. Tiba-tiba aku dengar bunyi 'tik'. Otak aku dah start fikir bukan-bukan. Stereng kereta ni patah ke?? Hihi

Try gerakkan stereng kereta tak boleh. Aku mula la gelabah..try masuk kunci, kunci pun tak boleh gerak nak start enjin!

Masa tu aku cuma fikir nak call abah. Tapi aku fikir balik. Tak boleh. Mesti abah risau nanti.

Jadi nak cari penyelesaiannya tanya 'Pakcik Google'. Okey dapat. Senang je.

1st..Masukkan kunci

2nd..Pusingkan stereng

Kiri kanan sambil try start kereta. Buat sampai boleh gerak stereng dan boleh start kereta. Masa nak pusing stereng tu memang keras sikit. Kena buat sepenuh hati tapi jangan over pulak.

Aku terlebih pusing stereng ke kiri sebelum stereng tu ter lock tadi, jadi masa nak unlock, memang dah tak boleh nak pusing stereng ke kiri macam yang blogger lain buat. Jadi aku pusing ke kanan.

Cuba lebih kurang 1-2 minit akhirnya aku berjaya jugak selesaikan.

Melalui pembacaan aku selepas benda ni jadi, stereng lock tu sebenarnya untuk keselamatan. Sama macam external stereng lock yang warna merah-kuning-hitam atau hitam-kuning yang orang selalu pakai kat stereng kereta. Tapi bila kita tak tau kewujudan stereng lock dengan cara ni, mula la kita rasa gelabah dan anggap satu masalah. Sama macam aku..hihi

Tapi kes viral yang stereng kereta lock sendiri masa kereta tengah jalan dan menyebabkan kemalangan tu aku tak tau ye kenapa dan macamana nak selesaikan. Kena tanya yang lebih pakar.

Sepanjang aku bawak kereta abah dekat dua bulan ni dah macam-macam benda yang jadi. Mula-mula dulu kereta tiba-tiba tak boleh start. Sampai abah datang dari jauh nak tengok rupa-rupanya kereta tu habis bateri. Tapi yg peliknya tak ada tanda-tanda nak habis bateri pun.

Kedua..aku terlanggar anjing otw nak balik rumah. Aku tak sengaja. Tiba-tiba ja anjing tu meluru ke depan kereta dari seberang jalan. Aku tak bawa laju pun tapi tak sempat jugak nak tekan habis brek. Akhirnya..anjing tu sihat walafiat, bumper kereta pecah, nombor-nombor kat plat kereta berterabur tertanggal.

Aku tak sengaja nak pecahkan bumper kereta dan aku tak sengaja nak langgar anjing tu.

Dan yang ni ketiga.

Harapnya ni yg terakhir.

Rabu, 6 April 2016

Start Latihan Industri..

Aku mula praktikal ni dah lebih sebulan. Praktikal kat tempat aku je dan tak ada benda yang best pun yang aku boleh cerita. 

Pergi kerja, balik kerja. Masuk office, keluar office. Buat benda sama setiap hari. Haha..Macam tak ada kerja ja kan??..ada..banyak sangat kerja nak kena buat. 

Aku di beri tugasan yang perlu aku selesaikan dalam masa tiga bulan lebih aku di sini. Bukan tugasan yang susah pun tapi rumit sampai kadang-kadang aku buntu macamana nak selesaikan. Haih..sekarang ni pun aku tengah buntu la ni sampai waktu office hour pun aku boleh tulis blog..hemmm...