Ahad, 16 Oktober 2016

Orang berbudi kita berbahasa

Dua hari lepas roomate aku menghilang dari hari jumaat sampai la hari ni ahad baru balik. Ingatkan dari mana rupanya dia pergi bercuti dengan keluarganya di Cameron Highland.

Bestnya dia bawa balik ole-ole untuk aku. Sebiji pasu kaktus yang comel dan keychain strawbery.

Cakap pasal kaktus, aku dah lama tak perihatin pada pokok-pokok kecil ni. Rasanya dah dekat 10 tahun sejak mama tak tanam lagi pokok kaktus. Teringat dulu zaman aku masih di awal sekolah menengah mama memang rajin tanam pokok bunga. Dari kaktus, orkid, bunga kertas. Hampir penuh halaman rumah dengan pokok bunga.

Pokok kaktus dulu mama letak kat bawah rumah. Abah buatkan rak kayu yang boleh letak pasu secara bertingkat. Rak kayu setinggi aku penuh dengan pokok kaktus. Macam-macam warna ada. Ada yang besar,ada yang kecil. Ada yang berduri dan ada yang tak.

Pokok bunga orkid pula abah buatkan satu tempat khas di luar yang beratapkan jaring hitam. Ada macam-macam warna. Bila pokok-pokok tu berbunga cantik sangat. Nampak tenang je.

Rindunya masa-masa tu. Kalau boleh diputar semula masa aku teringin rakamkan kenangan pemandangan pokok bunga mama yang tengah berbunga cantik.

Selasa, 11 Oktober 2016

Tips penerbangan balik kampung anak limbang lawas di semenanjung

Bagi penduduk Limbang dan Lawas macam kita semua tau, di sini tak ada penerbangan yang terus untuk pergi ke semenanjung. Ada pun paling dekat Miri ataupun Kota Kinabalu. Bagi yang dari Lawas mungkin lagi senang pergi KK dan yang dari Limbang lagi mudah pergi Miri transit ke Kuching dan baru ke semenanjung.

Tapiii....akan ada satu masa tu tiket penerbangan akan jadi mahal sangat-sangat. Mesti tau masa bila kan?? Yup..masa balik HARI RAYA..

Alternatif lain di sini..korang semua boleh gunakan penerbangan ke Brunei. Dari Klia2 ke Brunei. Biasanya Airasia ada penerbangan dari Klia2 - Brunei.

Rasanya semua tau masa perayaan harga tiket ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu memang akan melambung naik. Tempat-tempat lain pun sama apatah lagi kalau beli saat-saat akhir. Tapi masa raya siapa nak melancong ke Brunei?

Lagi pun jarak Limbang, Lawas dan Brunei tak la jauh mana. Apatah lagi yang dari Limbang. Lagi jauh dari Limbang ke Miri kalau guna kereta.

Aku pernah guna penerbangan Airasia, Klia2 - Brunei tahun lepas masa nak balik raya 2015. Tiket masa tu boleh kata murah la dalam RM199. Ramai juga yang aku kenal dari Lawas yang guna Klia2-Brunei tu.

Tapi tahun ni sebab sebelum raya aku memang dah ada kat Lawas jadi tak berpeluang lagi la.

Cuma anak kepada spupu mama aku guna penerbangan tu raya lepas. Dia kata memang lagi mudah dan murah. Sebab raya 2015 anak dia yang belajar kat Johor tak balik raya, tiket mahal sangat. Pergi balik dah dekat seribu tu pun anak dia turun kat Miri. Kena ambil kat Miri makan kos lagi. Kesian dengar cerita mak ngah tu bila anak dia tak boleh balik raya, dah la tu tahun pertama belajar kat tempat orang. Jadi bila jumpa masa raya tu aku pun cerita la macamana aku boleh balik dengan kos yang lebih kecil dan raya tahun ni dia ikut.

Tips: kalau nak guna penerbangan sama utk balik semula ke semenanjung beli terus tiket pergi balik. Sebab kalau beli asing-asing dia akan charge guna matawang brunei utk Brunei-Klia2. Mahal woo..

Satu lagi jangan lupa passport okay!