Selasa, 17 November 2015

First Impression...

Pernah terjebak dengan first impression?

Pandangan pertama kita tentang seseorang. Kadang-kadang boleh jadi pandangan pertama kita betul dan boleh juga jadi salah.

Hari ni aku pergi kelas jalan kaki. Lalu kat jejantas dan nampak seorang lelaki. Dalam lingkungan 40'an. Bukan kali pertama. Rasanya dah dekat 3 minggu lelaki tu kat sana. Kawan aku kata dia mabuk tapi aku tak nampak pula botol arak kat sana. Mungkin dia homeless.

Tapi tak la setiap hari aku terserempak dengan dia. Semalam aku nampak bantal peluk dia je ada kat jejantas tu. Dua minggu lepas nampak dia masih tidur beralaskan kotak. Tapi hari ni dia ada kat sana. Duduk kat tangga. Mungkin semua orang akan rasa apa aku rasa masa tu. Takut. Semestinya.

Tapi tiba-tiba masa melintasi lelaki tu, dia bersuara. "Good Morning!. Belajar baik-baik. Sembahyang." Pada seorang pelajar lelaki non-muslim di belakang kami pun dia sapa "Good Morning boy!. Belajar baik-baik. "

First impression aku tentang lelaki tu dulu..aku ingatkan lelaki tu tak waras. Tapi dari apa yang dia cakap semestinya dia waras kan?

Ahad, 1 November 2015

Kembara di Indonesia - NuArt Sclupture Park

Ada yang tahu tentang NuArt Sclupture Park? Bagi yang meminati karya seni patung boleh la datang ke sini.

NuArt Sclupture Park terletak di Bandung, Indonesia. Tanah seluas 3hektar didirikan sebuah galeri, bangunan cafe, workshop, tumbuh-tumbuhan hijau dan macam-macam lagi. NuArt milik seorang seniman iaitu Bapak Nyoman Nuarta yang berasal dari Bali. Karya Bapak Nyoman ni lebih kepada hasil-hasil patung yang diperbuat daripada besi.

Sangat indah bila kita melihat hasil karya ini sambil mengetahui maksud di sebalik karya tersebut. Masuk ke dalam taman ini kami di iringi oleh 2 orang tour guide. Aduh..aku bukan jenis yang mudah nak ingat nama orang. Okey kat sini aku letak gambar dorang je. Terima kasih untuk 2 orang ni yang memberikan perkongsian ilmu yang sangat berguna.



Mendengar kisah-kisah di sebalik patung-patung karya Pak Nyoman yang disampaikan oleh 2 orang tour guide ni boleh buat aku dan kawan-kawan aku meremang. Aku teruja mendengar kisah dari satu patung ke satu patung.

Mula-mula di satu kawasan seperti sebuah amphitheater kami berkumpul sambil mendengar penerangan berkenaan kawasan NuArt. Selepas tu kami di bawa masuk ke dalam galeri.

Di luar galeri pun kami dah dapat melihat karya Pak Nyoman yang diletakkan di sepanjang laluan.


Ni salah satu daripadanya.

Ada banyak lagi seperti patung ratu dangdut Indonesia iaitu Inul, patung kuda dan patung lainnya.

Masuk ke dalam galeri, patung pertama yang kami lihat adalah patung binaan Borobudur yang dibuat tahun 1996 dan patung Garuda Wisnu Kencana.



Pada masa ini, patung Garuda Wisnu Kencana yang terbesar sedang dalam pembinaan. Bila siap nanti ia akan menjadi patung ketiga terbesar di dunia dan akan di tempatkan di Bali. Di Nuart Sclupture Park ni terdapat sebuah workshop yang digunakan untuk membina partikel-partikel kecil patung tersebut. Dari apa yang di beritahu oleh tour guide kami terdapat lebih kurang 700 partikel digunakan untuk menyiapkan patung tersebut dan partikel tersebut akan di angkut menggunakan trak. Sebuah trak hanya akan memuatkan 2 partikel patung tersebut. Boleh bayangkan besar mana patung tu kan. Dalam masa 3 tahun akan ada lebih 300 trak yang akan membawa keluar partikel patung tu untuk dibawa ke Bali. Perjalanan dari Bandung ke Bali pula bukan perjalanan yang dekat. mengambil masa berjam-jam juga untuk sampai.

Okey, di dalam galeri kami di beri penerangan berkenaan pembuatan patung Garuda Wisnu Kencana. Terdapat lebih 200 seniman yang bekerja sebagai tenaga profesional dalam pembuatan patung ni dan mereka semua dikalangan anak muda tempatan yang memiliki ijazah. Ini bagi menjamin kualiti pembuatan patung tersebut. Begitu teliti Pak Nyoman dalam penghasilan patung tesebut. Menurut tour guide kami juga, Pak Nyoman akan datang setiap hari ke workshop untuk melihat sediri pembinaan patung tu.

Di dalam galeri dua tingkat ni terdapat juga beberapa patung lain. Seperti patung yang menggambarkan beberapa orang yang sedang menunggang basikal.


Aku tak faham sangat makna di sebalik patung ni. Tapi ni di antara patung yang aku suka.

Selain tu terdapat patung seorang perempuan yang berwarna putih. Yang ni pun aku tak jelas akan maksudnya.


Oh ya.. Pak Nyoman suka menggunakan perempuan dalam mengaplikasikan seninya tapi bukan bermaksud dia tak suka atau benci pada kaum perempuan tapi kerana rasa kasih dan pedulinya pada kaum perempuan. Ini boleh dilihat dari karyanya yang diberi nama Mimpi Buruk atau Nightmare.(Abaikan bila bahasa Indonesia keluar dalam penulisan aku ni. Aku masih dibayangi cara penerangan tour guide tu..huhu)


Karya ni menceritakan berkenaan Mimpi Buruk warga Indonesia pada tahun 1997-1998 dimana berlakunya krisis ekonomi Indonesia. Pada masa tu pemerintah Indonesia percaya punca berlakunya krisis ekonomi disebabkan oleh kaum cina, jadi mereka merogol dan menbunuh wanita berbangsa cina di Indonesia. Karya ini juga diadaptasikan dalam bentuk puisi yang bertajuk Mimpi Buruk yang ditulis di Jakarta pada 20 Mei 1998. Jika di lihat dari tingkat atas galeri tu akan nampak patung Mimpi Buruk terbahagi kepada 4 bahagian. Ia bukan sengaja dibahagikan kepada 4 bahagian kerana sukar untuk dipindahkan tetapi saat wanita tersebut di rogol dan di bunuh mereka turut di kerat kepada 4 bahagian.

Rentetan dari kekejaman terhadap wanita pada masa tu Pak Nyoman menghasilkan karya ni supaya boleh menjadi teladan kepada semua. Supaya peristiwa sama tidak lagi berulang di masa hadapan.

Naik ke tingkat atas kami disajikan dengan karya Pak Nyoman yang diadaptasikan buat cucunya. Di mana ada patung yang terdapat dua orang bayi seorang bayi terbang ke atas dan seorang lagi kakinya nenjejak bumi. Karya ni menceritakan tentang dua orang cucu kembar Pak Nyoman yang seorang selamat dan seorang lagi telah meninggal dunia. Di patung lain pula dapat di lihat kepala bayi yang keluar dari satu pintu. Pintu tu sebenarnya merupakan perut ibunya di mana bayi tersebut lahir secara cesarean. Di satu patung lagi merupakan cucu sulung Pak Nyoman di mana pada karya tersebut terdapat cucu Pak Nyoman bersama seekor cicak. Menurut tour guide kami cicak tu merupakan haiwan kesukaan cucu Pak Nyoman. Haih..memang bukan aku la..aku paling tak suka dengan binatang bernama cicak..

Terdapat juga patung berupa beberapa orang tentera. Terdapat seragam tentera bersama topi tentera tapi tanpa kepala dan badan.



Gambar ni aku cilok dari fb kawan aku. Sorry ye..aku tak semapt tangkap gambar. Karya ni menceritakan tentang kehidupan tentera pada masa dahulu yang perlu hidup tanpa jiwa. Membunuh tanpa rasa belas untuk mempertahankan negara. Sangat mendalam maksudnya.

Berpindah ke karya lain.


Ni karya Pak Nyoman pada tahun 2004. Mesti ramai yang ingat apa yang terjadi pada tahun 2004 kan? Ya..tsunami. Karya ni menceritakan betapa kecilnya kita berbanding kuasa tuhan. Kita tak mampu lari ke mana-mana saat tsunami melanda. Betapa tingginya ombak yang boleh menenggelamkan manusia.


Ni workshop Nuart Sclupture Park. Boleh nampak betapa besarnya patung Garuda Wisnu Kencana. Satu petak tu bersamaan tinggi seorang lelaki dewasa. gambar kat bawah menunjukkan tempat kuku garuda tu.


Okey..tu je lah..nanti aku tambah gambar lain lagi yang ada kat Sclupture Park ni. Banyak lagi karya menarik kat sini.

Rabu, 21 Oktober 2015

Urban Design Study ke Singapore


Aku nak cerita pengalaman aku masa pergi Singapore. Boleh aku katakan pengalaman ni satu pengalaman yang 'best experience ever'. Pergi dengan rakan sekelas seramai lebih kurang 30 orang dengan seorang pensyarah pengiring. Kami pergi atas tugasan subjek Urban Design yang memerlukan kami meneroka pembangunan Singapore.

Sebelum pergi ke sana beberapa orang pelajar telah ditugaskan mecari maklumat pengangkutan di sana sebab kami tak ambil travel agent. Kami pergi ke sana dengan pengangkutan awam. Ya, naik MRT, naik bas. Beberapa pelajar lain juga ditugaskan mencari tempat tinggal dan mencari tempat2 yang boleh dilawati di sana.

Boleh dikatakan kita orang ni buat backpakers travel. Kena macam tu la kan. Kita orang banyak tukar public transport jadi kalau bawa luggage macam leceh pulak.

Kami pergi selama 4 hari. Bertolak lebih kurang dalam pukul 9 pagi dari UiTM Shah Alam ke JB Sentral menaiki bas UiTM. Perjalanan lebih kurang 4 jam sebab kami berhenti kat RnR dulu untuk sarapan. Lebih kurang tengah hari kami sampai di JB Sentral. Dari JB Sentral kami naik KTM untuk ke Woodland, Singapore. Tiket train murah je RM3 untuk ke Woodland Train Station. Sebelum naik train kena buat pemeriksaan kastam dan imegresen dulu untuk ke luar negara. Naik train pun tak lama. Tak sempat nak berangan pun dalam train dah sampai.hehe. Tak sampai 5 minit kot.


Ni dari dalam train kat jambatan Singapore - Johor. Kat depan tu dah Singapore.

Sampai kat Woodland Train Station kena buat pemeriksaan lagi untuk masuk Singapore. Kat sini kita kena isi borang warna pink. Maklumat peribadi kita, asal mana, tinggal Singapore kat mana. Aku dah biasa dengan borang ni sebab nak masuk Brunei pun kena guna borang ni jugak.

Dari Woodland Train Station kami naik bas ke Woodland MRT. It's quite far and definitely not within walking distance bak kata Singaporean. Tambang dia dalam 1 dolar lebih je kalau tak silap. Jadi kat sini sediakan la duit kecil siap-siap ye. Dia macam Rapid KL kat Malaysia. Banyak bas yang boleh pergi Woodland MRT. Kalau nak tau bas apa yang boleh pergi sana boleh tengok kat sepanjang pedestrian walkway yang beratap, dia ada tunjuk nombor bas dan tempat yang nak di tuju. Kalau confuse boleh la tanya kat siapa2 yang ada kat sana.


Menarikkan? Kat sini je aku dah kagum dengan cara dia bagi information untuk pengguna.

Okey, sebab kami ramai sangat kami pilih bahagi kepada 3 group untuk naik bas. Kadar ketibaan setiap bas dia tak lama jadi tak ada la kena tunggu lama sangat.

Sampai kat Woodland MRT kami beli ezlink boleh guna untuk naik bas dan naik MRT. Harga ezlink 12 dolar. 5 dolar untuk harga kad dan 7 dolar travel value yang ada kat kad tu. Untuk memudahkan supaya tak topup banyak kali kami topup 20 dolar lagi tambahan. Dengan 27 dolar cukup la untuk perjalanan 4 hari kat Singapore. Bila balik, kad ezling aku ada baki 3 dolar lebih lagi.

Dari Woodland MRT kami pergi check in dulu. Kami tinggal kat kawasan Mackenzie Road dekat dengan Little India MRT. Boleh jalan kaki je dari MRT ke hotel budget yang kita orang tinggal. Tak tau nak describe sebagai hotel atau hostel sebab kena kongsi satu toilet untuk satu aras. Nasib baik budak lelaki kat aras atas sebab kami dah minta asingkan macam tu. Walaupun tempat tu kecil tapi cukup selesa.

Sampai tempat tinggal dah pukul 4 lebih dan pensyarah kita orang bagi rehat sekejap, solat dan mandi. Pukul 6 berkumpul semula untuk keluar makan. Malam tu kita orang pergi ke Kampung Glam. Makan kat sana. Walaupun nama kampung tapi tak nampak rupa kampung pun. Banyak deretan kedai dan kat sini senang sikit nak dapat kedai makan halal. Tapi deretan kedai tu memang unik.

Jalan2 kejap kat Kampung Glam, lepas tu kami pergi ke Clarke Quay. Clarke Quay tempat yang sesuai untuk beriadah kat tepi sungai, menarik, tempat tu jadi tumpuan pelancong pada waktu malam. Tapi ada kawasan tu agak sosial sebab adanya pub terbuka. Boleh bayangkan kita orang lalu kat tengah deretan kedai yang kat atas meja dia ada minuman keras je, orang menyanyi dan menari sambil mabuk. Bagi aku tu pengalaman, pensyarah nak kita orang tau Singapore night kat kawasan tu macamana. Tapi decoration kawasan tu memang cantik. Kat sungai tu ada bot yang boleh bawa kita menyelusuri sungai tapi kami tak naik pun. Just jalan2. Kalau tak silap nak naik bot tu bayar 10 dolar seorang. Ada juga beberapa terowong pejalan kaki kat kawasan ni. Walaupun masa tu dah lewat malam tapi kami still rasa selamat kat tempat tu. Semua orang macam 'mind ur own business'. Dari Clarke Quay juga boleh nampak bangunan Marina Bay Sand yang macam ada kapal kat atas bangunan tu. Satu lagi pub atau casino terbesar Singapore yang ada kat puncak bangunan tu. Malam tu tengok dari jauh je la dulu esoknya baru pergi sana.

Seharian berjalan rasa penat yang teramat sangat. Dengan siangnya seharian berjalan dengan backpack, bahu pun dah sakit. Malam pun jalan jauh jugak tak ingat balik pukul berapa tapi yang pasti memang lewat. Hari pertama di Singapore memang memanfaatkan masa tu sebaiknya. Memang lena la tidur.

Pagi esoknya pukul 8 pagi dah berkumpul. Naik MRT pergi ke China Town MRT. Tempat ni tak kurang menarik. Keluar je dari MRT station terus nampak deretan kedai China Town yang jual barang2 sourvenier.


Ni pintu masuk dan keluar China Town MRT


Ni antara bangunan kat China Town. Walaupun bangunan moden dah semakin banyak tapi bangunan lama masih dikekalkan dan di jaga.

Tujuan kami mula2 ni bukan untuk beli sourvenier tapi untuk pergi Singapore City Gallery. Di sini kami tau pembangunan Singapore dari berpuluh tahun dulu sampai sekarang. Gallery ni semua orang boleh masuk. Sangat menarik dan kita boleh tahu macam2 benda yang kita tak sangka akan ada di Singapore. Contohnya Singapore ada pembangunan bawah tanah sedalam 38 tingkat. Dalam kan?? Apa ada dalam tigkat2 tu? ada tempat Sewers gas pipe, parking kereta, laluan MRT (laluan MRT ni di tingkat lapan bawah tanah tau..) dan Underground Ammunition Facilities tempat diorang simpan aset-aset senjata negara dorang di tingkat paling bawah sekali tingkat 38.

Lepas dari Singapore City Gallery kita orang berpecah kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kajian masing2. Ada yang pergi semula ke kampung Glam dan Clarke Quay, Little India, China Town, Orchid Road dan Bugis Street. Group aku stay kat China Town untuk buat kajian kat sana.

Balik semula ke tempat tinggal petang tu dan malam jalan lagi. Kali ni ke Marina Bay dan Garden by The Bay pulak. Tengok Marina Bay dari dekat dan aku terpukau dengan Garden by the Bay. Cantik sangat dengan lampu yang banyak. Aku, pensyarah dan 4 orang lagi kawan aku sempat naik sky walk dan kebetulan tengah kami kat atas dia mainkan lampu dengan rentak lagu. Boleh nampak pokok2 tu dengan warna yang cantik. Bayaran naik sky walk tu 5 dolar seorang untuk 15 minit. Tapi kami kat atas tu setengah jam kot sebab syok tengok lampu. lepas dari sana kami jalan lagi mengikut persisiran sungai yang dekat dengan Merlion Park. Tapi malam tu tak sampai sana sebab semua orang dah penat.


Marina Bay dari dekat.


Ni pula Garden By The Bay. Jambatan kat atas tu la sky walk.

Hari ketiga pula, pukul 8 pagi kami dah gerak untuk pergi ke Merlion Park. Aku tak tau dah kami turun kat stesen MRT mana sebab rasa jalan jauh sangat. Ikut je la lecturer nak bawa laluan mana pun. Sepanjang perjalanan tu banyak benda menarik yang aku nampak.


Ni salah satunya.


Ni dia Merlion Park.

Merlion Park ni dekat je dengan Marina Bay dan boleh nampak juga bangunan yang pelbagai bentuk di sekeliling Merlion Park tu. Kami kat Merlion Park sampai tengah hari je sebab panas sangat.

Petang dan malam kami mula dengan tugas masing-masing sampai selesai sebab esoknya dah nak balik.

Hari ke empat bertolak balik. Balik ni kami naik bas pula. Dari Mackanzie Road naik bas pergi ke Bugis Street dan dari Bugis Street (Queen Street, Bugis) naik bas Singapore-Johor Ekspress. Bas ni orang Singapore kata old school sikit. Dia tak boleh guna kad ezlink. Kena bayar cash tapi 3.30 dolar je.

Bas tu akan berhenti kat Woodland Checkpoint untuk pemeriksaan kastam dan imegresen bila dah selesai semua tu kena naik bas semula untuk sampai ke Larkin.

Ada juga plihan bas lain seperti Causeway Link dan SBS Transit 170. Dua2 ni boleh guna ezlink dan mungkin lagi selesa. Aku tak tau. Sebab Singapore-Johor Ekspress pada aku sangat tak selesa. Tak semua orang boleh dapat tempat duduk. Ada beberapa kawan aku yang tak dapat tempat duduk jadi terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Dari Queen Street, Bugis ke Woodland Checkpoint boleh tahan jauh. Kesian kawan2 aku yang lain. nak tau bas yang boleh guna cek link ni.

Sepanjang perjalanan 4 hari ni aku tabik la kat lecturer aku. Lecturer perempuan. Dia kata last dia pergi Singapore 10 tahun lepas dan dia boleh ingat lagi jalan2 kat sana. Lepas tu dia punya la semangat berjalan tu. Kami semua dah merungut penat tapi dia still boleh jalan. Umur dia dah 60'an tapi tenaga dia lebih kuat dari kami yang muda ni. Sepanjang 4 hari di Singapore memang tak banyak rehat. Masa rehat pun waktu tidur je la. Dia kata dia memang dah amalkan makanan sihat dari muda. Tak ambil apa2 supliment tapi kurang makan nasi dan lebihkan makan sayur. Dia juga kata memang dari muda dia banyak berjalan. Dia bukan je sihat tapi nampak awet muda lagi.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) di Puncak Alam

Kerja-kerja pembinaan FSPU di Puncak Alam dah sampai ke kemuncaknya. Semua perabot-perabot dah di susun di dalam studio masing-masing, Lanskap dah diperkemaskan. Jadi awal sem depan pelajar-pelajar Degree terutama bagi studio base akan mulakan semester baru di Puncak Alam.

Tempat baru dan suasana baru. Pasti menarik kan?

Mungkin agak sukar sikit bagi pelajar-pelajar lama terutama NR sebab kena cari rumah baru. Kolej pun terhad je. Tak semua pelajar boleh dapat kolej.

Pelajar pun tak dekat dah dengan commercial area macam PKNS, PAS, Seksyen 7. Mingkin ni okay sikit kot sebab pelajar boleh jimat tak selalu keluar. Tapi ada kekurangan juga sebab pelajar FSPU ni la yang selalu memenuhkan kedai printing kat seksyen 7. Kalau dah pindah P.alam kat mana la pelajar nak dapat pilihan printing dan plotter yang murah.

Untuk sem depan aku tak risau sangat sebab aku dah mula praktikal. Mungkin ready untuk sem 8 nanti je la. Jadi bagi yang nak mula kuliah kat Palam sem depan good luck la ye...

Ni ada sedikit gambar kampus FSPU di Puncak Alam..













Ahad, 11 Oktober 2015

Daerah Lawas Sarawak

Daerah Lawas pada masa kini semakin dikenali dikalangan masyarakat Sarawak dan juga dikalangan masyarakat yang tinggal di Semenanjung..Kalau dulu penduduk Kuching sendiri ada yang tak tahu kewujudan Daerah lawas. Daerah Lawas sebuah daerah yang unik, kedudukannya yang terpisah dengan negeri Sarawak lainnya menjadikan identiti Sarawak di Daerah Lawas telah bercampur aduk. Jika di lihat pada peta Lawas, kedudukan Lawas berada di tengah-tengah antara Negara Brunei Darulsalam dan negeri Sabah..

Dialek

Kerana kedudukan inilah dialek penduduk Daerah Lawas jauh berbeza dengan dialek penduduk di Kuching. Majoriti penduduk Daerah Lawas menggunakan bahasa Kedayan, bahasa Melayu baku ataupun bahasa etnik lain di Sarawak seperti bahasa Iban, Murut atau Lun Bawang. Dialek di Daerah Lawas juga banyak dipengaruhi oleh negara jiran Brunei atau negeri Sabah. Di mana terdapat penduduk Daerah Lawas menggunakan bahasa Melayu Brunei sebagai pertuturan seharian.

Bangsa dan agama

Begitu juga dengan bangsa di Daerah Lawas, terdapat bangsa Kedayan, Melayu Brunei, Lun Bawang, Iban dan Murut. Terdapat juga penduduk berbangsa Cina di Daerah Lawas tetapi penduduk berbangsa India sangat jarang atau mungkin tidak ada di Daerah Lawas . Agama majoriti di Daerah Lawas adalah Islam dan Kristian.

Makanan

Keunikan Daerah Lawas pula dari segi makanan adalah produk laut iaitu ikan tamban yang di salai..ia di panggil Tahai di kalangan masyarakat setempat. Ikan Tahai ni boleh di buat sambal atau di buat sup. Kalau nak makan macam tu saja pun sedap.


Selain ikan tahai, Lawas juga terkenal sebagai pengeluar buah epal, ini kerana terdapat kawasan di Daerah Lawas merupakan kawasan tanah tinggi. Tanah tinggi Ba'kalalan kawasan tanah tinggi yang didiami oleh masyarakat Lun Bawang. Bukan saja sebagai kawasan pengeluar epal, Ba'kalalan juga merupakan pengeluar beras dan garam bukit. Beras yang di tanam di Ba'kalalan merupakan antara beras yang terbaik dan terenak. Kalau orang Lawas panggil 'nyaman'. Tetapi mungkin akibat dari faktor jarak perjalanan harga beras yang di tanam di Bakalalan agak mahal. Lebih kurang dalam RM 25 hingga RM 35 bagi satu gantang (harga bagi 3-4 tahun lepas mungkin meningkat mengikut peningkatan kos hidup sekarang). Satu gantang beras bersamaan lebih kurang 3.6kg. Tapi boleh dikatakan berbaloi dengan keenakan beras tersebut.

Ba'kalalan

Ba'kalalan merupakan kawasan pendalaman bagi Daerah Lawas. Tak ada jalan raya yang boleh sampai terus ke Ba'kalalan, cuma ada laluan balak dan perkhidmatan kapal terbang kecil yang beroperasi 2 kali seminggu. Namun keindahan alam semulajadi Ba'kalalan tak dapat dinafikan dengan udara tanah tinggi yang sejuk, persekitaran yang hijau dan penduduk yang ramah ia menjadikan Ba'kalalan sebuah tempat yang sesuai untuk pencinta alam semulajadi.

Aku sendiri sebagai penduduk asal Daerah Lawas tak pernah sampai ke Ba'kalalan kerana perjalanan yang agak mencabar bukan saja mencabar kerana tak ada jalan raya yang sempurna tapi boleh dikatakan mencabar juga bila naik Twin Otter. Mungkin suatu hari nanti aku akan sampai juga kat sana. Sangat berharap ada yang sudi teman aku ke sana. hehe


Pekan di Daerah Lawas

Di Daerah lawas terdapat 3 pekan utama yang menjadi tumpuan penduduk selain Bandar Lawas. Pekan tersebut ialah pekan Trusan, pekan Trusan ini adalah antara pintu masuk untuk sampai ke Daerah Lawas. Ia bersempadanan dengan Daerah Temburong, Brunei. Pekan kedua pula ialah pekan Merapok, pekan Merapok juga merupakan pintu masuk ke Daerah Lawas dengan jarak perjalanan sejauh 36km dari Merapok ke Bandar Lawas. Pekan Merapok menghubungkan Daerah Lawas dengan Daerah Sipitang, Sabah. Pekan ketiga pula ialah pekan Sundar. Pekan ini lebih dekat dengan pekan Trusan.


Khamis, 8 Oktober 2015

Kos Perancang Bandar merupakan kos paling susah di Malaysia??

Mesti ada yang takut atau risau bila dikatakan kursus Perancang Bandar merupakan kursus paling susah ditawarkan di universiti Malaysia. Tapi bila dah dapat kursus ni kenapa tidak kuatkan hati untuk mencuba?? Sebenarnya bukan susah manapun cuma kursus ni perlukan komitmen yang tinggi, bersedia untuk berjaga malam, stay di studio atau keluar buat lawatan tapak.

Tanggungjawab Perancang bandar ni besar, mungkin sebab tu ia merupakan kursus paling susah tapi kalau dah minat semuanya akan jadi biasa. Lagipun setiap apa yang dipelajari dari kursus ni apa yang kita boleh lihat hari-hari seperti hal berkaitan perumahan, pengangkutan, kawasan komersil, kawasan industri, tanah dan banyak lagi.

Sepanjang aku belajar dalam kursus ni aku selalu berpegang pada kata-kata "Jangan mudah mengatakan kalah..Jalani dengan tenang dan semua masalah akan ada titik tamat..berserah pada Allah untuk mengaturkan yang terbaik buat kita..tapi jangan pernah berhenti untuk berusaha.."







Pengangkutan Awam di Malaysia : Bus Rapid Transit (BRT)

Pengangkutan awam di Malaysia sekarang ni sudah semakin maju. Mungkin sudah dapat bersaing dengan lebih baik dengan negara luar. Okey , point sekarang ni bukan nak cerita pengangkutan negara mana lagi maju tapi aku nak cerita pasal pengangkutan awam yang aku baru naik kelmarin. Ya, kelmarin aku dan classmate aku jalani satu tugasan bersama pensyarah aku untuk subject Urban Transport..kami naik pengangkutan awam dari Padang Jawa untuk menaiki tren KTM ke Setia Alam, naik BRT ke USJ 7, naik bas Selangorku ke Sunway Prade dan naik Tren KTM Subang Jaya balik semula ke Padang Jawa.

Aku tak nak cerita pasal tren KTM Padang Jawa sebab sama je dengan tren-tren lain tapi aku nak cerita pasal BRT.

BRT tau bukan MRT, mungkin ramai yang tau pasal MRT sebab ia lebih banyak di war-warkan tapi BRT tak kurang menarik. Satu pengangkutan yang masih baru di Malaysia. BRT stand for Bus Rapid Transit buat masa ni BRT cuma ada kat kawasan Sunway dan cuma melibatkan beberapa stesen seperti;

Sunway-Setia Alam - Mentari - Sunway Lagoon - Sun Med - SunU Monash - South Quay - USJ 7


BRT beroperasi selama 18 jam sehari dan sasaran perkhidmatan ni kepada 500,000 penduduk , pelajar dan pekerja yang berada di sekitar Sunway dan juga kepada pengunjung dan pelancong yang datang ke Sunway Lagoon dan Sunway Resort City. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang sering berlaku di kawasan bandar Sunway akibat dari peningkatan populasi penduduk dan aktiviti pelancongan di kawasan Sunway. Setiap stesen BRT ni juga sangat cantik dan selesa di mana terdapat kemudahan parking bertingkat, Surau, tandas, eskalator dan lain-lain. Stesen ni juga sangat sistematik bagi pengguna OKU di mana mereka boleh menggunakan perkhidmatan ni dengan mudah.

BRT boleh dicapai melalui stesen KTM Setia Alam hanya berjalan kaki dengan menaiki jejantas dan sampai ke stesen BRT Sunway-Setia Alam. BRT ini akan melalui 7 stesen dan berakhir di USJ 7 Di USJ 7 akan ada juga satu stesen LRT tapi stesen tu masih dalam pembinaan. Buat masa sekarang boleh naik bas Selangorku di tingkat bawah Stesen USJ 7 yang boleh menghubungkan dengan KTM Subang Jaya dan bas Selangorku ni satu perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Nanti aku akan cerita mengenai bas Selangorku, sekarang ni aku teruja nak cerita pasal BRT. Macam yang aku tulis tadi BRT ni masih baru di Malaysia, perkhidmatan BRT ni hampir sama dengan tren di mana terdapat stesen dan laluan sendiri. Cuma bezanya BRT merupakan perkhidmatan bas. Mungkin pelik bila bas ada laluan sendiri tapi memang betul, ia merupakan laluan bertingkat yang hanya dilalui oleh BRT.

Bila menggunakan perkhidmatan BRT rasa macam bukan berada di Malaysia, rasa macam berada di Singapore atau negara maju lain. Sebab kita boleh nampak stesen dan bas yang baru dan bersih, perkhidmatan yang lancar dengan jarak ketibaan bas yang kerap buat penumpang rasa selesa menggunakan perkhidmatan ni. Pengguna tak perlu menunggu lama untuk satu-satu bas kerana bas akan tiba setiap 5 minit.

Mungkin sistem ni akan turut digunapakai di tempat-tempat lain sebab bagi aku ia sangat sistematik, dengan adanya laluan seperti ni bas tak payah la beratur sekali dalam kesesakan lalulintas sebab ada bas saja di laluan tu dan laluan yang digunakan oleh BRT ni juga mementingkan pengguna di mana laluan BRT ni melalui beberapa college n universiti di sekitar Sunway, bandar Sunway, Sunway Lagoon, Hospital Sunway, pasaraya seperti Giant dan beberapa kawasan petempataan.

Bawah ni ada beberapa gambar BRT di Sunway tapi ni gambar dari encik google yang aku cilok. Aku tak sempat nak ambil gambar kelmarin, nak tau perjalanan BRT, kadar tambang BRT dan sebagainya boleh search di web http://www.myrapid.com.my

Rabu, 30 September 2015

Public transport Shah Alam ( UiTM Shah Alam / Seksyen 7 ) ke KLIA

Pengangkutan awam kat Shah Alam ni banyak, boleh pilih je nak guna yang mana satu. Nak yang murah atau yang mahal, nak naik KTM, bas atau teksi.Semua boleh. Okey sekarang aku nak cerita tentang pengangkutan awam yang boleh guna bila nak pergi KLIA 1 atau KLIA 2 dari UiTM Shah Alam. Pengangkutan awam ni berguna untuk student macam aku yang selalu ulang alik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Teksi:

UiTM SA - KLIA

Kaedah pertama dengan menggunakan teksi. Kadar tambang teksi dari KLIA 2 ke Seksyen 7, Shah Alam adalah dalam RM 70 - RM 90. Kalau jalan sesak kadar ni akan naik lagi tinggi. Jadi kalau nak jimat ni bukan kaedah yang sesuai untuk digunakan. Kalau terdesak tu tak boleh nak cakap apa la kan. Aku pernah kena RM 78 dari KLIA 2 ke UiTM SA. Tapi cara ni paling mudah. Boleh sampai terus tempat yang di tuju.

Kaedah seterusnya kena transit sama ada menaiki bas atau train. Biasalah, kalau nak murah tu tak mudah, kena tukar bas, tukar train tapi jauh lebih murah dari guna teksi.

Bas:

UiTM SA - Komersial Seksyen 7 - Seksyen 2 - KL Sentral - KLIA

Uitm SA - Seksyen 2 - KL Sentral - KLIA

Untuk keluar dari Uitm ada dua cara, naik bas ke seksyen 7 atau seksyen 2. Untuk yang tinggal dalam kolej uitm boleh ambil terus bas ke seksyen 2. Tak perlu ke seksyen 7.

Untuk yang naik bas dari Komersial Seksyen 7 boleh naik bas Seranas (kalau naik ni tanya dulu ye nak ke mana, sama ada dia nak ke Seksyen 2 atau nak ke Klang. Bas stop sebelah Jakel ke Klang dan bas stop sebelah 7e ke Seksyen 2) atau Rapid KL T601 ke Seksyen 2 dengan bayaran RM 1.

Dari Seksyen 2 boleh ambil bas Rapid KL U80 atau 750 untuk ke KL Sentral dengan bayaran RM 2.50. Dari KL Sentral pula boleh ambil bas ke KLIA 1 atau 2 dengan bayaran RM 11 untuk ke KLIA 2 dan RM 10 untuk ke KLIA 1.

Total kos dalam RM 15.

Train:

Uitm SA - KTM Padang Jawa - KL Sentral - KLIA

Kaedah ke tiga dengan menggunakan train, train paling dekat dengan UiTM Shah Alam adalah KTM Padang Jawa tapi tak ada pengangkutan awam lain selain teksi yang boleh sampai kat KTM jadi kalau guna teksi boleh hilang la 5 - 10 ringgit untuk teksi. Tips untuk murah bila guna teksi, jangan naik sorang, naik 2-3 orang boleh share bayar.

Tapi kalau member yang ada transport boleh hantar, boleh jimat la sikit sebab Padang Jawa dengan UiTM Shah Alam atau Seksyen 7 bukan jauh pun..

Dari KTM Padang Jawa pula boleh terus ke KL Sentral dengan bayaran RM 4.40. Okey kat KL Sentral ada dua alternatif, boleh guna bas atau guna train, kalau tadi dari KL Sentral ke KLIA 2 RM 11 naik bas, kalau guna train pula ke KLIA 1 dan ke KLIA 2 RM 55.

Jom kira lagi...
RM 5-10 (Seksyen 7 - KTM Padang Jawa)
RM 4.40 (KTM Padang Jawa - KL Sentral)
RM 55 (KL Sentral - KLIA)- KLIA express
RM 10-11 (KL Sentral - KLIA)- bas
*kat KL Sentral boleh pilih nak naik KLIA express atau bas

Boleh guna train KLIA TRANSIT atau KLIA EKSPRES..biasanya akan guna train KLIA EKSPRES sebab train ni akan terus ke KLIA, kalau guna KLIA TRANSIT, akan berhenti kat beberapa tempat sebelum sampai ke KLIA.

Bila berpeluang naik pengangkutan awam ni cuba la semua sekali. Kumpul pengalaman dan pengetahuan selagi mampu. Tak rugi mempelajari sesuatu yang baru kan??

Sebenarnya banyak lagi cara yang korang boleh gunakan. Terutama sekali untuk perjalanan dari shah alam ke kl sentral. Tapi aku selalu naik bas je. Penat tapi lebih jimat.


UPDATE..

1. kadar tambang untuk KTM boleh cek kat website KTM kalau-kalau ada perubahan. Tapi biasanya perubahan tambang KTM akan jadi viral. Jadi semua orang akan tau.

2. Nombor bas rapid KL boleh cek kat website rapid KL. Kebelakangan ni rapid kl selalu je tukar nombor bas sampai aku pun dah keliru.

Jumaat, 18 September 2015

Mengimbas Memori Lalu : Selamat Hari Raya Aidiladha...

Tak tau kenapa malam ni rasa emosional sangat.. sebab rasa rindu ni kuat sangat kot... bukan rindu kat siapa2 pun..rindu family ak kat kampung..macam dah lama sangat tak jumpa padahal ak baru je sampai sini dua minggu lepas...haihhh...homesick la ni...x sabar nak tunggu minggu depan..nak balik lagi..biar la orang kata anak manja sekalipun sanggup balik walaupun jauh asalkan dapat tatap muka mama , papa n adik2 cukup la..
Tambah2 lagi masa nak raya ni...hihi..raya haji je pon...Tapi bila dah namanya raya kita tak ada dengan parents kita sedih gak...


Bila kawan2 kita balik raya kita je dok sorang2 kat rumah sewa atau hostel..kalau cuti sehari je x pe..ni kalau sampai 4-5 hari mau meratap sorang2 atas katil sambil nangis (aku selalu buat kalau time cuti kawan2 balik n aku x balik) hahaha...ye la..bila nak balik tiket flight pulak melambung naik..dah la tu je alternatif yang ada kalau nak balik..tak kan nak berenang pulak kan merentasi laut china selatan dari Semenanjung ke Sarawak..nak naik kapal laut pulak, habis cuti belum tentu kapal tu sampai..nak tak nak dok je la kat tempat menimba ilmu ni sampai kawan2 habis cuti..


Raja Haji kat Sarawak mungkin tak la semeriah kat Semenanjung..tapi sambutan yang sederhana..lepas acara korban selalunya ada rumah yang akan buat open house..kalau tak pun balik rumah berkumpul dengan family..biasanya family aku akan buat ketupat n kuah kacang..kuah kacang mama memang superb..tapi buat ketupat pun utk makan satu family je la..tak de acara bertandang ke rumah saudara mara macam Hari Raya Aidilfitri..


Ok la dah panjang entry ni..sebak pulak rasa..



Selasa, 25 Ogos 2015

Di sini bumi ku berpijak

Tak ada benda yg boleh dijadikan entry baru..semua perkara berjalan seperti biasa..cuti sem hampir sampai ke penghujung..beberapa hari lagi akan bermula rutin biasa setiap semester entah ke mana destinasi site visit sem ni...siapa lecturer yang jadi studio master..siapa lecturer yang ambik untuk subjek2 lain..hehe..setiap sem persoalan yang sama timbul.. Sem ni dah masuk sem ke-6..tak sedar masa berlalu..masih terbayang saat pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM hampir 3 tahun lepas..n pertama kali juga berpisah jauh dengan family..

Sem 6 ni semakin banyak kerja rasanya..dengan bermulanya thesis..ada dua site visit..satu utk studio n satu lagi untuk subjek Comparative Planning..Comparative Planning sem ni akan bawa aku n classmate aku keluar negara lagi..tak jauh..cuma Indonesia je..memandangkan ringgit Malaysia merundum sekarang ni kena la cari negara yang currency dia hampir sama atau lebih rendah dari Malaysia..plan nak pergi Bandung, Puncak n Jakarta untuk tempoh lebih kurang 6 hari..

Sem lepas untuk subjek Urban Design dah pergi Singapore..dah rasa pengalaman terpaksa ikat perut kat sana sebab currency yang tinggi jadi tak perlu lagi kot rasa pengalaman tu..banyak sebenarnya cerita nak share pasal Singapore..pengalaman sepanjang 4 hari kat sana, bandar Singapore, planning dia n banyak lagi..tapi nanti dulu la..bukan dalam entry kali ni..akan datang kalau ada kesempatan aku share gambar2 kat singapore sekali..

Okey la.. tu je daaaa...