Ahad, 1 November 2015

Kembara di Indonesia - NuArt Sclupture Park

Ada yang tahu tentang NuArt Sclupture Park? Bagi yang meminati karya seni patung boleh la datang ke sini.

NuArt Sclupture Park terletak di Bandung, Indonesia. Tanah seluas 3hektar didirikan sebuah galeri, bangunan cafe, workshop, tumbuh-tumbuhan hijau dan macam-macam lagi. NuArt milik seorang seniman iaitu Bapak Nyoman Nuarta yang berasal dari Bali. Karya Bapak Nyoman ni lebih kepada hasil-hasil patung yang diperbuat daripada besi.

Sangat indah bila kita melihat hasil karya ini sambil mengetahui maksud di sebalik karya tersebut. Masuk ke dalam taman ini kami di iringi oleh 2 orang tour guide. Aduh..aku bukan jenis yang mudah nak ingat nama orang. Okey kat sini aku letak gambar dorang je. Terima kasih untuk 2 orang ni yang memberikan perkongsian ilmu yang sangat berguna.



Mendengar kisah-kisah di sebalik patung-patung karya Pak Nyoman yang disampaikan oleh 2 orang tour guide ni boleh buat aku dan kawan-kawan aku meremang. Aku teruja mendengar kisah dari satu patung ke satu patung.

Mula-mula di satu kawasan seperti sebuah amphitheater kami berkumpul sambil mendengar penerangan berkenaan kawasan NuArt. Selepas tu kami di bawa masuk ke dalam galeri.

Di luar galeri pun kami dah dapat melihat karya Pak Nyoman yang diletakkan di sepanjang laluan.


Ni salah satu daripadanya.

Ada banyak lagi seperti patung ratu dangdut Indonesia iaitu Inul, patung kuda dan patung lainnya.

Masuk ke dalam galeri, patung pertama yang kami lihat adalah patung binaan Borobudur yang dibuat tahun 1996 dan patung Garuda Wisnu Kencana.



Pada masa ini, patung Garuda Wisnu Kencana yang terbesar sedang dalam pembinaan. Bila siap nanti ia akan menjadi patung ketiga terbesar di dunia dan akan di tempatkan di Bali. Di Nuart Sclupture Park ni terdapat sebuah workshop yang digunakan untuk membina partikel-partikel kecil patung tersebut. Dari apa yang di beritahu oleh tour guide kami terdapat lebih kurang 700 partikel digunakan untuk menyiapkan patung tersebut dan partikel tersebut akan di angkut menggunakan trak. Sebuah trak hanya akan memuatkan 2 partikel patung tersebut. Boleh bayangkan besar mana patung tu kan. Dalam masa 3 tahun akan ada lebih 300 trak yang akan membawa keluar partikel patung tu untuk dibawa ke Bali. Perjalanan dari Bandung ke Bali pula bukan perjalanan yang dekat. mengambil masa berjam-jam juga untuk sampai.

Okey, di dalam galeri kami di beri penerangan berkenaan pembuatan patung Garuda Wisnu Kencana. Terdapat lebih 200 seniman yang bekerja sebagai tenaga profesional dalam pembuatan patung ni dan mereka semua dikalangan anak muda tempatan yang memiliki ijazah. Ini bagi menjamin kualiti pembuatan patung tersebut. Begitu teliti Pak Nyoman dalam penghasilan patung tesebut. Menurut tour guide kami juga, Pak Nyoman akan datang setiap hari ke workshop untuk melihat sediri pembinaan patung tu.

Di dalam galeri dua tingkat ni terdapat juga beberapa patung lain. Seperti patung yang menggambarkan beberapa orang yang sedang menunggang basikal.


Aku tak faham sangat makna di sebalik patung ni. Tapi ni di antara patung yang aku suka.

Selain tu terdapat patung seorang perempuan yang berwarna putih. Yang ni pun aku tak jelas akan maksudnya.


Oh ya.. Pak Nyoman suka menggunakan perempuan dalam mengaplikasikan seninya tapi bukan bermaksud dia tak suka atau benci pada kaum perempuan tapi kerana rasa kasih dan pedulinya pada kaum perempuan. Ini boleh dilihat dari karyanya yang diberi nama Mimpi Buruk atau Nightmare.(Abaikan bila bahasa Indonesia keluar dalam penulisan aku ni. Aku masih dibayangi cara penerangan tour guide tu..huhu)


Karya ni menceritakan berkenaan Mimpi Buruk warga Indonesia pada tahun 1997-1998 dimana berlakunya krisis ekonomi Indonesia. Pada masa tu pemerintah Indonesia percaya punca berlakunya krisis ekonomi disebabkan oleh kaum cina, jadi mereka merogol dan menbunuh wanita berbangsa cina di Indonesia. Karya ini juga diadaptasikan dalam bentuk puisi yang bertajuk Mimpi Buruk yang ditulis di Jakarta pada 20 Mei 1998. Jika di lihat dari tingkat atas galeri tu akan nampak patung Mimpi Buruk terbahagi kepada 4 bahagian. Ia bukan sengaja dibahagikan kepada 4 bahagian kerana sukar untuk dipindahkan tetapi saat wanita tersebut di rogol dan di bunuh mereka turut di kerat kepada 4 bahagian.

Rentetan dari kekejaman terhadap wanita pada masa tu Pak Nyoman menghasilkan karya ni supaya boleh menjadi teladan kepada semua. Supaya peristiwa sama tidak lagi berulang di masa hadapan.

Naik ke tingkat atas kami disajikan dengan karya Pak Nyoman yang diadaptasikan buat cucunya. Di mana ada patung yang terdapat dua orang bayi seorang bayi terbang ke atas dan seorang lagi kakinya nenjejak bumi. Karya ni menceritakan tentang dua orang cucu kembar Pak Nyoman yang seorang selamat dan seorang lagi telah meninggal dunia. Di patung lain pula dapat di lihat kepala bayi yang keluar dari satu pintu. Pintu tu sebenarnya merupakan perut ibunya di mana bayi tersebut lahir secara cesarean. Di satu patung lagi merupakan cucu sulung Pak Nyoman di mana pada karya tersebut terdapat cucu Pak Nyoman bersama seekor cicak. Menurut tour guide kami cicak tu merupakan haiwan kesukaan cucu Pak Nyoman. Haih..memang bukan aku la..aku paling tak suka dengan binatang bernama cicak..

Terdapat juga patung berupa beberapa orang tentera. Terdapat seragam tentera bersama topi tentera tapi tanpa kepala dan badan.



Gambar ni aku cilok dari fb kawan aku. Sorry ye..aku tak semapt tangkap gambar. Karya ni menceritakan tentang kehidupan tentera pada masa dahulu yang perlu hidup tanpa jiwa. Membunuh tanpa rasa belas untuk mempertahankan negara. Sangat mendalam maksudnya.

Berpindah ke karya lain.


Ni karya Pak Nyoman pada tahun 2004. Mesti ramai yang ingat apa yang terjadi pada tahun 2004 kan? Ya..tsunami. Karya ni menceritakan betapa kecilnya kita berbanding kuasa tuhan. Kita tak mampu lari ke mana-mana saat tsunami melanda. Betapa tingginya ombak yang boleh menenggelamkan manusia.


Ni workshop Nuart Sclupture Park. Boleh nampak betapa besarnya patung Garuda Wisnu Kencana. Satu petak tu bersamaan tinggi seorang lelaki dewasa. gambar kat bawah menunjukkan tempat kuku garuda tu.


Okey..tu je lah..nanti aku tambah gambar lain lagi yang ada kat Sclupture Park ni. Banyak lagi karya menarik kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan