Khamis, 10 April 2014

Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah?? kos apa tu????


Pasti ada yang masih tertanya-tanya kos apa la Perancangan Bandar dan Wilayah ni. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Tapi tak pernah dengar tak semestinya kursus ni tak penting. Kalau dalam bidang pekerjaan, bidang Perancang Bandar ni la bidang yang terpenting dalam pembangunan sesebuah bandar.

Kalau kat UiTM, Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah di bawah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Untuk degree kursus ni cuma ada kat kampus induk Shah Alam.

Tak pernah dengar pasal kos ni?? Ya, sebab kursus ni tak la sepopular arkitek atau senibina landskap walaupun dalam fakulti yg sama. Disebabkan nama kos ni panjang sangat jadi biasa orang paggil Town Planning atau Perancang Bandar je.

Dengar nama kos ni mcm susah?? Tu la yg bermain di fikiran aku masa mula-mula dapat kos ni dulu. Ada juga yang kata kalau kerja nanti boleh jadi D.O. aka Pegawai Daerah..hahaha...mengarut la..

Kerja Perancangan Bandar dan Wilayah ni akan melayakkan kita bekerja sebagai Pegawai Perancang. Macam nama kursus ni juga perancangan. Peluang kerja untuk kursus ni ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kalau belajar dalam kos ni kita akan belajar macamana untuk merancang pembangunan sesebuah bandar, melukis pelan pembangunan dan banyak lagi.

Pernah dengar tentang Rancangan Fizikal Negara? Rancangan Struktur Negeri? Rancangan Wilayah? Rancangan Tempatan Daerah? Rancangan Kawasan Khas? Okey, dalam kursus ni kita akan tau dan belajar pasal semua ni. Yang nak tau apa benda yang aku tulis tu boleh cari encik google. Benda-benda tu suatu yang penting untuk pembangunan negara kita, negeri atau daerah korang semua.


Belajar dalam kos ni memang mencabar, kalau kata nk masuk universiti untuk happy-happy. Masuk bilik kuliah dengar lecturer membebel, lepas tu balik dan datang lagi esok hari buat benda yang sama dan cuma nak buat assignment sikit-sikit ..presentation sikit-sikit then tunggu final exam...BAIK TAK PAYAH ambil kos ni. Kena ada komitmen yang tinggi untuk masuk kos ni.

Stress, tak cukup tidur, design layout kena reject, report kena reject, submission bertindih mana nak siapkan subjek studio dan mana lagi nak siapkan subjek lain. Kadang-kadang kalau kerja banyak, studio( kelas untuk student town planning) tu la tempat kita 24 jam. Datang kelas pagi, pagi esoknya baru balik rumah atau kolej. Benda biasa, alah bisa tegal biasa. Dah lama-lama nanti lali la dengan benda ni.

Tapi jangan la fikir semuanya teruk pasal kos ni ada juga best nya. Yang paling best untuk orang yg suka jalan-jalan. Kos ni banyak site visit(bagi student UiTM la U lain ada juga kot) paling best bila dah semester 6 boleh pegi luar negara. Tu wajib pergi. Kalau baru-baru masuk tu site visit dekat-dekat je. Bila dah semester 2 ke atas boleh la pegi negeri-negeri lain kat Malaysia ni tapi jangan pulak fikir pergi jalan-jalan je. Dah namanya site visit mesti la ada kerja yang kena buat kat site tu kan??

Kalau ambik kos ni sebab minat memang tak ada masalah. Kalau tak minat tu try la dalami lagi pasal kos ni mna tau boleh jatuh cinta. Tak pandai mlukis tak apa. Kita buat kerja kebanyakannya guna software. Ada la kot yang memerlukan kita melukis tapi tak ada la banyak atau susah sangat.


48 ulasan:

  1. salam kak. sy dpt kos ni kt uitm sri iskandar utk sesi kedua. sy nk tnya kos ni merangkumi subjek apa? byk pengiraan tak?

    BalasPadam
  2. salam kak. sy dpt kos ni kt uitm sri iskandar utk sesi kedua. sy nk tnya kos ni merangkumi subjek apa? byk pengiraan tak?

    BalasPadam
  3. salam sis..kos ni ada temuduga ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat reply..ye untuk Uitm kos ni ada temuduga..

      Padam
  4. Assalamualaikum saya lepasan diploma logistik dan rangkaian bekalan dan merancang utk sambung ijazah dalam bidang perancang bandar dan wilayah...peluang utk dpt itu cerah atau sebaliknya.?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum saya lepasan diploma logistik dan rangkaian bekalan dan merancang utk sambung ijazah dalam bidang perancang bandar dan wilayah...peluang utk dpt itu cerah atau sebaliknya.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..sy x pasti skop pmblajaran diploma logistik dan rangkaian bekalan ade kena mengena dgn skop perancang bandar atau x. Kalau ade mgkin peluang lagi cerah.Tapi kalau tak ade kna mgna pn mgkin boleh masuk..ade gak kwn2 sy dari diploma sport rec n public admin boleh sambung degree kos ni..bergantung pada nasib gak kot..

      Padam
  6. Salam kak sy bru dapat interveiw dlm jurusan ni. Nak tanya lah time interveiw tu dia akan tnya ape

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..interview utk degree uitm ke? x sure la dia tnya ape. Msa sy dulu x de interview pn tuk masuk kos ni. Baru je dlm 2 thun ni dia ambil kemasukkan melalui interview..

      Padam
  7. salam kak , sye skrg ni stdy di poli kos diploma ukur tanah . nk tnye blh ke sye nk further dlm bachelor town planning ni ? sye mmg minat dgn kos ni . subjek ukur tanah ade kene mengena ke dgn town planning ? hope akak sudi jawap . tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..sy x pasti ttg skop diploma ukur tanah..tp boleh try mohon kalau berminat..x jauh sangat kot subjek ukur tanah dgn town planning..😃😃

      Padam
    2. dalamctown planning ade bljr tak pasal ukur tanah ? sebab syrt utk mohon dgree bchlor town planning klau bukn dri diploma town planning , at least subjek time diploma yg kita ambik skrg ni ade kaitan dgn town planning .

      Padam
  8. Saya nk tanya, student2 puncak alam, kebykknya duduk dalam ke kt luar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy x pasti..tp biasanya student baru akn dpt duduk dlm..advantages utk student fspu,fakulti ade kolej sendiri utk student. Cuma x pasti kuota cukup atau x..

      Padam
  9. Salam kak,saya nak tanya..kursus ni ada guna laptop ke untuk diploma?

    BalasPadam
  10. Salam. Kos ni banyak mengira tak? Maths?

    BalasPadam
  11. assalamualaikum .....kak.saya budak bidang agama . saya baru lepasan STAM . boleh dak saya apply bidang ni untuk ijazah sarjana muda town planner ni ? dan apa kerja yang boleh saya buat bila dah gred dari bidang ni ? sektor gaji dia macam mana ? harap kak tolong jawab ...sebab saya betui2 nak tahu ni ..please kak

    BalasPadam
  12. atau kak boel wassap saya untuk jawab ...011 27114469

    BalasPadam
  13. SAYA BARU HABIS DIPLOMA TOWN PLANNING DEKAT UITM .. MMG BEST KOS NIE .. CUBA KENA USAHA LEBIH .KOS NI MMG ADA INTERVIEW .. MELUKIS DAN SESI FACE TO FACE ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. as salam akak, sy nk tnya kos ni ada dkat uitm mna ye? puas cri tpi tak jumpa2 kat uitm mna yg ada. Lagi 1, klau tak reti lukis takpa ke msuk? sy dlu amik sains stream so mmg tngan ni klau lukis mmg tak berseni org kata. harap akak dpt balas, trima kasih.

      Padam
    2. Utk degree kos ni ada kat uitm puncak alam..utk diploma pulak kat uitm sri iskandar perak.Kalau degree x byk sgt gunakan skill lukisan..sbb byk buat report..cuma masa interview rasanya memang kena melukis. Diploma pulak sy x pasti mcmna.

      Padam
    3. Tahniah @ida lida ..nanti boleh sambung degree pulak!!😊😊

      Padam
    4. Sy nk tanya..sy xambik seni sblum ni..tpi nk mhon kos ni..memang kna mlukis cm seni halus ke..sy xpndai sgt nk mlukis cntik2 bagai

      Padam
  14. salam kak...saya mintak tolong sangat2...saya nk pilih corse for diploma nim..nak tahu detail tentang perancamngan bandar wilayah..please...0194650224..ikrami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ikrami..kalau untuk diploma akak tak pasti sbb akak ambil course ni terus ke degree..takut salah informasi pulak🙏🙏🙏

      Padam
  15. akak bagi nama account twitter akak or instagram pls . saya minat lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak x aktif sgt kat twitter or ig. Tapi kalau berminat dgn town planning boleh follow ig @tripspalam , @comradosstudio , @rkksgmerab atau @cakrawalastudio_ . Ni antara ig yg akak tau post berkenaan aktiviti pelajar2 town planning sepanjang semester 😊😊😊

      Padam
    2. Teruskan support Ig kami. Terima kasih kerana promote.

      Instagram: cakrawalastudio_
      Facebook: Cakrawala P.Alam

      Padam
  16. Assalamualaikum. Saya pelajar stpm aliran kemanusiaan. Boleh ke saya sambung course perancangan bandar dan wilayah ni utk degree nanti? Saya berminat dgn course ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya akan menjawab bg pihak admin. Sbb saya pun dalam bidang yg sama.

      Boleh. Utk memasuki bidang perancang bandar ia tidak memerlukan aliran yg spesifik ketika tg6. Kerana bidang ini terbuka.

      Ouh ye, saya dulu juga pelajar t6 aliran kemanusian. So, tidak menjadi masalah utk adik2 dari aliran yg lain utk menceburi bidang ini.

      Padam
  17. assalamualaikum ,saya student stpm dan saya dpt iv kos ni , tapi saya tak ada basic langsung pasal kos ni dan dalam surat iv tu kite kene melukiskan kalau tak silap . susah tak nak melukis tu masa iv . sebab saya memang tak reti melukis ,, help me .:'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam, maaf admin mencelah. Kesian tgk.

      Jawapan utk bella, utk ujian melukis ia tidaklah sesusahmana. Kebiasaannya, pelajar hanya perlu melukis bongkah2 geometri spt kon,selinder, piramid. Lebih kurang mcm ni lah. Lain2 subjek. Spt diagunakan tin biskut, botol,kotak dan sebagainya.

      Jangan risau bella, town planning ni. Tk semua perkara perlu perkara kena melukis. Kebiasaanya, tujuan melukis adalah utk melihat keamatan kita dalam melihat sesuatu subjek atau objek itu. Cantik atau tidak, tk kisah. Yg penting, nampak rupa dan bentuk. Menjadi kelebihan jika ada gunakan teknik shading dan redering.

      Selamat berjuang!

      Padam
  18. Artikel yang menarik! Saya pun kini menulis artikel berkaitan perancang bandar. Tak sangka jumpa rakan sepejuangan di dalam bidang yang sama. Teruskan usaha menulis blog. Ouh ye, saya dari semester 4. Admin kepada Intagram: @cakrawala studio_ Facebook: Cakrawala P.Alam.

    Boleh lawat ig dn fb kami utk aktiviti pelajar town planning.

    Dan jika ada kesempatan waktu, jenguklah blog saya. Mungkin boleh bertukar-tukar ilmu.

    http://bualpacakmalaya.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh..junior saya la ni. Terima kasih tolong jawab soalan-soalan dorg, saya tak sempat nak buka blog ni.

      Teruskan menulis dan berkongsi ilmu tentang town planning. Semoga berjaya!!

      N readers, kalau nak tau lebih lagi pasal town planning boleh jenguk blog @Z.A mail 👆👆.Boleh tambah pengetahuan berkenaan town planning.

      Padam
    2. Sama2. Wah senior. Tak pe. Saya membantu mana yg boleh. Insya allah, saya kadang2 buat blogwalking. So, bantu mana yg patut..thanks fieyza😊😊😊

      Padam
  19. Assalam tumpang tanya kos ni dekat uitm shah alam atau puncak alam ?

    BalasPadam
  20. salam.. kos ni kalau utk lepasan stpm pngk kene berapa ye ?

    BalasPadam
  21. Salam,kos ni kalau diploma sambung dekat uitm mana??

    BalasPadam
  22. Salam...lepasan kosni..apabila sambung ijazah boleh ke ambil kos arkitek..

    BalasPadam
  23. assalamualaikum kak, saya lepasan stpm. saya fikir nak amik deg course ni. soalan interviewnya apa je ehh?

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum kak. Saya lpsn stpm saya nak tahu masa iv tu kan susah ke nak lepas? Saya kalau boleh nk tau course outline bgi course ni

    BalasPadam
  25. hai.. my parents suruh saya ambik course ni.. nak tanya course ni perlukan subjek apa je yang perlu lulus eh ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh check kat website uitm tk silap i pun check satu²

      Padam
  26. Salam.. Course ne ada tak utk Sijil Kemahiran (SKM)??​ Dan kt mana?

    BalasPadam
  27. Salam just nak tanya kos ni fully english ke atau dwibahasa

    BalasPadam
  28. LOAN OFFER

    TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    BalasPadam
  29. Hari baik untuk semua orang yang membaca pesan ini. Ada cara untuk mendapatkan uang tanpa stres, hubungi (THOMAS FREDDIE) untuk mendapatkan [KARTU ATM] kosong hari ini dan menjadi salah satu orang yang beruntung yang mendapatkan manfaat dari kartu ini. Kartu ATM kosong yang DIPROGRAM ini mampu meretas mesin ATM mana pun di dunia. Saya mendapatkan kartu master saya dari Hacker yang baik di internet, dengan Kartu ATM ini saya dapat mengumpulkan €50,000.00Euro setiap hari melalui kontak:
    thomasunlimitedhackers@gmail.com
    Saya sangat miskin tetapi kartu ini telah membuat saya kaya dan bahagia, Jika Anda ingin mendapatkan kesempatan ini untuk menjadi kaya dan membangun bisnis Anda, maka ajukan permohonan untuk kartu Master ini, saya sangat senang dengan ini karena saya mendapatkan milik saya minggu lalu dan saya punya menggunakannya untuk mendapatkan €247,000.00Euro dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED Peretas membagikan kartu tersebut hanya untuk membantu orang miskin dan membutuhkan dan mereka JUGA MENAWARKAN BANTUAN KEUANGAN. dapatkan milik Anda dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS hari ini. Silakan hubungi mereka melalui Email thomasunlimitedhackers@gmail.com

    BalasPadam
  30. QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    BalasPadam