Isnin, 5 Mei 2014

Kampung Baru- 'Perubahan' membawa kebaikan atau keburukan?

Semester ni untuk kelas Urban design aku sedang buat kajian mengenai kehilangan identiti Melayu di Kampung Baru. Betul ke identiti masyarakat Melayu di Kampung Baru sekarang ni mulai hilang? Apa yang menjadi faktor kehilangan identiti Melayu? Kemajuan???

Bagi aku yang baru kenal Kampung Baru dan yang sebelum ni cuma kenal Kampung Baru melalui tv, surat khabar dan internet ni je dah set dalam fikiran, Kampung Baru penuh dengan identiti sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Kawasan yang aman dan tidak begitu sibuk. Orang seperti aku mempunyai anggapan seperti itu mengenai Kampung Baru. Jadi, perlu ke kemajuan di buat di Kampung Baru? Pada aku kemajuan akan membawa perubahan kepada identiti asal sesebuah kawasan. Kalau Kampung Baru dah maju apa lagi keistimewaan Kampung Baru? Pasti orang yang ingin melihat keistimewaan tersebut akan merasa kecewa.

Mungkin kemajuan boleh di buat tetapi bukan dengan memusnahkan identiti kampung berkenaan.



p/s Semua ini berdasarkan pendapat aku je....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan