Khamis, 26 Jun 2014

Street Art Seksyen 7 Shah Alam...

Dah pergi Street art seksyen 7 ????? memang cantik gile...sape2 yang ada dekat2 dengan seksyen 7 blom pernah pegi jom la pegi..pasti terlopong bila sampai sana...Fiey dah 2 kali pegi sana.. First time pegi dy x siap lagi n kali kedua pegi dah siap sepenuhnya..tempat ni dekat lorong belakang bangunan..area belakang Jakel.. Jom tengok gambar mural yang ada kat sana..............



 Gambar2 kat atas masa tempat tu x siap lagi..tapi dah boleh nampak kan betapa kreatifnya orang2 yang buat ni...kat bawah ni pulak gambar masa Fiey kali kedua pegi sana..Fiey teruja nak tengok semua sekali apa yang dorang buat sampai lupa nak ambik gambar..ni baru beberapa hasil yang dorang buat ada lagi yang lebih menarik..hehe







 Okey...yang atas ni Fiey ambik sebab teruja ada perkataan 'Kami Town Planner! Urban Designer !' kat sana..hehe..Thanks tuk sape2 yang selitkan nama Town Planner kat sana...
Design ni Fiey paling suka skali..tak tau kenapa..myb sbb dy cantik kot..or myb design ni lebih kepada Borneo..hehe..rndu kat rumah..ape je yang berkaitan dengan Sabah or Sarawak semua dah menarik perhatian..huhu


Okey la pada sape2 yang x datang lagi sila la datang..kalau biasa bnda macam ni ada kat luar negara je sekarang Malaysia pun dah ada..dengan ciri2 Malaysia lagi..Oh ya..design mural mcm ni kat seksyen 2 pun ada tapi x berkesempatan nak tengok betul2 lagi..ari tu tengok sepintas lalu je sebab nak cepat...lain kali mesti pergi.. :)

Isnin, 16 Jun 2014

Minggu terakhir kuliah....

Student lain minggu terakhir kuliah juz buat revision.....tapi kita orang tengah serabut dengan final project....

4 setengah pagi buat concept plan...master plan....detailed plan..adoi...cepat la berakhir minggu ni....baru hari isnin..ada bbrapa hari lagi....  :(

Rabu, 11 Jun 2014

TOWN CENTRE...STUDIO FINAL PROJECT...

Sekarang dalam final projectuntuk studio sem ni..tengah nak selesaikan projek pusat bandar pulak. Sempat ke??? minggu depan dah review day..minggu ni baru nak fikir konsep.Tawakal je la...

Nak buat konsep ape untuk Bandaraya Alor Setar?.....okey, idea tu dah ade...konsep dah dapat...minggu ni kena kerja keras..siapkan..nanti kite share mcmana konsep yang dicadangkan untuk Bandaraya Alor Setar ye..

**Lecturer pula nak CRAZY IDEA untuk projek ni...kite tengok nanti crazy ke x....seram nak buat review day..sem2 lepas boleh terlepas..tapi sem ni dia buat pulak...adoi....

Jumaat, 6 Jun 2014

Minggu yang sangat memenatkan......

Berakhir sudah minggu yang memenatkan...tiap hari kena hantar assignment...sekarang tunggu fasa kedua minggu depan..myb lagi teruk dari minggu ni..then follow dengan minggu ketiga..minggu terakhir sebelum exam..huh....x sabar nak tunggu habis...nak balik rumah..nak tidur cukup2..



Sabtu, 31 Mei 2014

Site visit kat Negeri Perlis pulak.....28-30 Mei....

Kebosanan melanda hari ni walaupun report bukan main banyak nak hantar minggu depan..tak tau nak buat apa dah..semalam Fiey baru balik dari Perlis penat tak hilang lagi, mood nak buat kerja pun tak muncul2 lagi... jom layan gambar-gambar time site visit 28-30 Mei 2014..

Taman Ular dan Reptilia..




Antara ular yang ada di Taman ular reptilia...

Dari apa yang fiey nampak ular2 ni  semua makan tikus (tak tau la tikus apa tapi yang fiey nampak tikus tu warna putih), anak ayam dan anak itik..



 Kat Taman Ular Reptilia ni bukan je ada ular tapi ada jugak haiwan lain macam rusa, buaya, burung ostrich, ayam, burung puyuh, burung merpati dan arnab..

Ni burung ostrich yang ada kat sini..ada 2 ekor dan dorang ni ada nama sendiri tau..Karoo dengan Klein, anak angkat kemanjaan dan kesayangan Dato' Azizan b. Hamid...

Secara keseluruhannya tempat ni memang menarik. Macam2 binatang ada kat sini mcm mini zoo pun ada tapi majoritinya binatang kat sini mesti la ularkan..dari ular kecil sampai la yang besar..dari yang hidup sampai la yang dah mati dan kena awet ada kat sini.Nampak tempat ni pun terjaga..bersih je..

Okey la...aktiviti lain, lain kali Fiey post..
Kat Perlis ni Fiey pergi Taman Ular Reptilia, Gua kelam, Taman Negeri Perlis, Gua Wang Burma, Ladang Harumanis, Masjid Al-Hussain dan Padang besar..




Paya Indah Wetland..15-17 Mac 2014


Fiey pergi Paya Indah Wetland(PIW) 15-17 Mac utk site visit kawasan rekreasi..exited nak pergi coz site visit pertama untuk sem ni..hehe...selalu je bertangguh nak post entry ni...

Paya Indah Wetland tempat yang menarik untuk dilawati tapi masa pergi tak ramai org sangat walaupun hujung minggu sbb kebetulan pergi masa catuan air..chalet x ada org tinggal dan pengunjung pun kurang..sedih sikit part tu.. :(  coz kerja yang fiey dan classmate buat kena edar questionnaire kat orang yang datang PIW..bila dah x ada org,kerja pun tak jalan la..

Balik pasal PIW tmpat ni famous dgn hypo n buaya..ada 4 ekor hypo n seekor baby baru 6 bulan tp masa Fiey pergi juz ada 2 ekor je kat luar n 2 ekor lagi baby hypo n ibunya kat dalam kandang..x dpt la nak tengok baby tu besar mana...hypo-hypo ni akan dikeluarkan secara bergilir2 bila yang dua ni masuk yang dua ekor lagi akan keluar bagi mengelakkan dorang bergaduh.Kalau x silap dua minggu sekali dorang akan ditukar..

   Kalau x silap ni namanya Cendana....

Nampak je mcm jinak kan..boleh dekat..boleh bgi mkan..tp hati2 hypo ni tetap binatang yang merbahaya tau...abg baju biru ni dah pro coz dah kerja dia bagi makan kat hypo ni tp utk kita yg baru je pernah jumpa spesis ni jgn berani nak bagi makan dekat mcm tu. Pihak PIW dah bentang tali sampai had mana kita boleh berdiri n hulur makanan kat hypo..jangan melebihi had okey..

 Kolam buaya pulak lagi besar dari kolam hippo..banyak jugak buaya kat dalam tu tapi tak nampak sangat sbb buaya kat dalam air kot..

Okey yang tu bahagian zon rekreasi..bahagian zon koservasi dan penyelidikan pula ada kawasan penanaman buluh, rumah Melayu, tasik sendayan dan banyak lagi la...tapi kawasan ni tak dibuka kepada pengunjung yang datang secara individu. Zon pendidikan dan zon konservasi dan penyelidikan cuma dibuka kepada pengunjng yang datang secara berkumpulan seperti rombongan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Ia bagi mengelakkan kawasan ni terganggu dengan kunjungan orang ramai keran adua zon ni menjadi habitat burung2 kekal dan migrasi..

Ni antara gambar kedua2 zon ni....

Mengikut makluman dari pegawai Paya Indah Wetland penanaman buluh ni makanan untuk dua ekor panda Fuwa dan Fengyi yang datang ke Malaysia tu.... :)

Jetty tasik sendayan...cantikkan...nampak macam pemandangan pantai tetapi sebenarnya tempat ni tasik bekas lombong..

Rumah Melayu... bila tengok dari depan, rumah ni memang ada ciri2 rumah kampung yang sangat mendamaikan..













Isnin, 26 Mei 2014

Jom kenali pokok......1001 garden plants in Singapore..

1001 Garden Plants in Singapore......

Dah dekat seminggu aku belek buku ni. Tapi pokok yang dicari masih tak jumpa. Dah la tebal gilos..ada 785 page kot (kalau buku ni novel tak la tebal mana...hehehe) Nak cari sejenis pokok je pun tapi yg susahnya bila cari cuma berbekalkan gambar utk tau nama pokok. Kalau dah tau nama pokok dan cuma nak dapatkan gambar, pakcik Google boleh tolong..hehe..Okay dah2 sambung kerja balik........bye... :)

** buku ni dari Singapore..Malaysia sepatutnya ada buku macam ni..senang student nak buat rujukan.. :)