Pengangkutan awam kat Shah Alam ni banyak, boleh pilih je nak guna yang mana satu. Nak yang murah atau yang mahal, nak naik KTM, bas atau teksi.Semua boleh. Okey sekarang aku nak cerita tentang pengangkutan awam yang boleh guna bila nak pergi KLIA 1 atau KLIA 2 dari UiTM Shah Alam. Pengangkutan awam ni berguna untuk student macam aku yang selalu ulang alik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Teksi:
UiTM SA - KLIA
Kaedah pertama dengan menggunakan teksi. Kadar tambang teksi dari KLIA 2 ke Seksyen 7, Shah Alam adalah dalam RM 70 - RM 90. Kalau jalan sesak kadar ni akan naik lagi tinggi. Jadi kalau nak jimat ni bukan kaedah yang sesuai untuk digunakan. Kalau terdesak tu tak boleh nak cakap apa la kan. Aku pernah kena RM 78 dari KLIA 2 ke UiTM SA. Tapi cara ni paling mudah. Boleh sampai terus tempat yang di tuju.
Kaedah seterusnya kena transit sama ada menaiki bas atau train. Biasalah, kalau nak murah tu tak mudah, kena tukar bas, tukar train tapi jauh lebih murah dari guna teksi.
Bas:
UiTM SA - Komersial Seksyen 7 - Seksyen 2 - KL Sentral - KLIA
Uitm SA - Seksyen 2 - KL Sentral - KLIA
Untuk keluar dari Uitm ada dua cara, naik bas ke seksyen 7 atau seksyen 2. Untuk yang tinggal dalam kolej uitm boleh ambil terus bas ke seksyen 2. Tak perlu ke seksyen 7.
Untuk yang naik bas dari Komersial Seksyen 7 boleh naik bas Seranas (kalau naik ni tanya dulu ye nak ke mana, sama ada dia nak ke Seksyen 2 atau nak ke Klang. Bas stop sebelah Jakel ke Klang dan bas stop sebelah 7e ke Seksyen 2) atau Rapid KL T601 ke Seksyen 2 dengan bayaran RM 1.
Dari Seksyen 2 boleh ambil bas Rapid KL U80 atau 750 untuk ke KL Sentral dengan bayaran RM 2.50. Dari KL Sentral pula boleh ambil bas ke KLIA 1 atau 2 dengan bayaran RM 11 untuk ke KLIA 2 dan RM 10 untuk ke KLIA 1.
Total kos dalam RM 15.
Train:
Uitm SA - KTM Padang Jawa - KL Sentral - KLIA
Kaedah ke tiga dengan menggunakan train, train paling dekat dengan UiTM Shah Alam adalah KTM Padang Jawa tapi tak ada pengangkutan awam lain selain teksi yang boleh sampai kat KTM jadi kalau guna teksi boleh hilang la 5 - 10 ringgit untuk teksi. Tips untuk murah bila guna teksi, jangan naik sorang, naik 2-3 orang boleh share bayar.
Tapi kalau member yang ada transport boleh hantar, boleh jimat la sikit sebab Padang Jawa dengan UiTM Shah Alam atau Seksyen 7 bukan jauh pun..
Dari KTM Padang Jawa pula boleh terus ke KL Sentral dengan bayaran RM 4.40. Okey kat KL Sentral ada dua alternatif, boleh guna bas atau guna train, kalau tadi dari KL Sentral ke KLIA 2 RM 11 naik bas, kalau guna train pula ke KLIA 1 dan ke KLIA 2 RM 55.
Jom kira lagi...
RM 5-10 (Seksyen 7 - KTM Padang Jawa)
RM 4.40 (KTM Padang Jawa - KL Sentral)
RM 55 (KL Sentral - KLIA)- KLIA express
RM 10-11 (KL Sentral - KLIA)- bas
*kat KL Sentral boleh pilih nak naik KLIA express atau bas
Boleh guna train KLIA TRANSIT atau KLIA EKSPRES..biasanya akan guna train KLIA EKSPRES sebab train ni akan terus ke KLIA, kalau guna KLIA TRANSIT, akan berhenti kat beberapa tempat sebelum sampai ke KLIA.
Bila berpeluang naik pengangkutan awam ni cuba la semua sekali. Kumpul pengalaman dan pengetahuan selagi mampu. Tak rugi mempelajari sesuatu yang baru kan??
Sebenarnya banyak lagi cara yang korang boleh gunakan. Terutama sekali untuk perjalanan dari shah alam ke kl sentral. Tapi aku selalu naik bas je. Penat tapi lebih jimat.
UPDATE..
1. kadar tambang untuk KTM boleh cek kat website KTM kalau-kalau ada perubahan. Tapi biasanya perubahan tambang KTM akan jadi viral. Jadi semua orang akan tau.
2. Nombor bas rapid KL boleh cek kat website rapid KL. Kebelakangan ni rapid kl selalu je tukar nombor bas sampai aku pun dah keliru.
salam tumpang tanye. area seksyen 14 shah alam senang x public transport? LRT/KTM/BAS? tQ
BalasPadamArea seksyen 14 ade bas je..dekat dgn seksyen 14 ade seksyen 2..kat seksyen 2 tpt pertukaran bas nk g mna2..KTM paling dekat ktm shah alam kat seksyen 19 n kat padang Jawa..LRT pulak setakat ni x de lg kat Selangor..
Padamnak tanye kalau dari dalam uitm shah alam, ade x bas yg hantr ke seksyen 2 tpt pertukaran bas ke kl sentral tu?
Padamdia
salam tumpang tanye. area seksyen 14 shah alam senang x public transport? LRT/KTM/BAS? tQ
BalasPadamSalam, nk tye, dr seksyen 2 ke klia, brpe jam ea?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamsaya ada menyediakan perkhidmatan teksi ke klia/klia2/skypark subang... sebarang pertanyaan boleh call/sms/whatsapp ke +6019 363 7319
BalasPadamSalam..
BalasPadamSaya menyediakan perkhidmatan transport untuk student Uitm / Unisel / MSU / Ptpl untuk pergi kemana sahaja sekitar / di luar lembah kelang.
Sila hubungi : 016-3057984 (carl)
Dari s2 nak ke kl sentral tu berape jam ye ?
BalasPadamNk tanya klau nk ke setia alam dari uitm shah alam lagi jauh ke? Dan klau dari ktm shah alam nk ke setia alam jauh dia berapa jam..
BalasPadamDari uitm shah alam nak g setia alam x sampai sejam rasanya kalau naik bas. Boleh ambik bas yg nak ke uitm puncak alam sbb laluan yg sama dan akan sampai setia alam (SACC mall) dulu baru uitm puncak alam. Kalau dari ktm shah alam memang jauh tp x pasti la berapa jam.
PadamKalau dari dataran otomobil seksyen15 nak pergi jalan zirkon seksyen 7, naik bas apa eh?
BalasPadamsalam nak tanya.. untuk bas dari KLsentral ke KLIA2, bas tu 24jam ke ada atau ada masa2 tertentu? smpai malam jam 12 ka?
BalasPadamBas tu ada masa2 tertentu..boleh cari kat google schedule bas klsentral-klia2..tak silap tgh mlm tu dah x ada bas..
PadamTumpang tanya kalau dri stesen komuter shah alam nak ke uitm shah alam macam mna plak?
BalasPadamNak tanya.. Kalau dr seksyen 5 hendak pergi ke uitm shah alam camne ya
BalasPadamassalammualaikum..ada cara terbaik daripada seri hijauan kondominium ke uitm shah alam
BalasPadam