Ahad, 17 April 2016

Cara untuk unlock stereng kereta..

Hari ni aku dapat satu lagi pengalaman.

Serius cuak. Masa parking kereta kat office tadi, aku tengok tayar kereta senget dan dengan confident nya aku pulas stereng kereta nak bagi lurus tanpa start enjin. Tiba-tiba aku dengar bunyi 'tik'. Otak aku dah start fikir bukan-bukan. Stereng kereta ni patah ke?? Hihi

Try gerakkan stereng kereta tak boleh. Aku mula la gelabah..try masuk kunci, kunci pun tak boleh gerak nak start enjin!

Masa tu aku cuma fikir nak call abah. Tapi aku fikir balik. Tak boleh. Mesti abah risau nanti.

Jadi nak cari penyelesaiannya tanya 'Pakcik Google'. Okey dapat. Senang je.

1st..Masukkan kunci

2nd..Pusingkan stereng

Kiri kanan sambil try start kereta. Buat sampai boleh gerak stereng dan boleh start kereta. Masa nak pusing stereng tu memang keras sikit. Kena buat sepenuh hati tapi jangan over pulak.

Aku terlebih pusing stereng ke kiri sebelum stereng tu ter lock tadi, jadi masa nak unlock, memang dah tak boleh nak pusing stereng ke kiri macam yang blogger lain buat. Jadi aku pusing ke kanan.

Cuba lebih kurang 1-2 minit akhirnya aku berjaya jugak selesaikan.

Melalui pembacaan aku selepas benda ni jadi, stereng lock tu sebenarnya untuk keselamatan. Sama macam external stereng lock yang warna merah-kuning-hitam atau hitam-kuning yang orang selalu pakai kat stereng kereta. Tapi bila kita tak tau kewujudan stereng lock dengan cara ni, mula la kita rasa gelabah dan anggap satu masalah. Sama macam aku..hihi

Tapi kes viral yang stereng kereta lock sendiri masa kereta tengah jalan dan menyebabkan kemalangan tu aku tak tau ye kenapa dan macamana nak selesaikan. Kena tanya yang lebih pakar.

Sepanjang aku bawak kereta abah dekat dua bulan ni dah macam-macam benda yang jadi. Mula-mula dulu kereta tiba-tiba tak boleh start. Sampai abah datang dari jauh nak tengok rupa-rupanya kereta tu habis bateri. Tapi yg peliknya tak ada tanda-tanda nak habis bateri pun.

Kedua..aku terlanggar anjing otw nak balik rumah. Aku tak sengaja. Tiba-tiba ja anjing tu meluru ke depan kereta dari seberang jalan. Aku tak bawa laju pun tapi tak sempat jugak nak tekan habis brek. Akhirnya..anjing tu sihat walafiat, bumper kereta pecah, nombor-nombor kat plat kereta berterabur tertanggal.

Aku tak sengaja nak pecahkan bumper kereta dan aku tak sengaja nak langgar anjing tu.

Dan yang ni ketiga.

Harapnya ni yg terakhir.

33 ulasan:

  1. Semalam aku pun jumpa kereta tak boleh start gara-gara streering terkunci.Kereta honda city.Beliau sekeluarga berhenti kat CRR lebuhraya.Time nak jalan dah tak boleh start. Katanya streering terkunci. Gabra juga..ramai org cuba tolong tapi tak reti apa-apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham perasaan family tu. Sy ni tak reti apa2 pasal kereta. Tau bawak je. Bila jadi mcm tu rasa gabra yg amattt..hehe..tp x pe yg pnting kita belajar sesuatu kan..kalau jadi lagi dah tau nak buat mcmna.

      Padam
    2. Td pon jadi benda yg sama kat saya..nasib jmpa blog ni... tq so so much ��

      Padam
  2. Adoi.....baru je streng myvi ku terlock.....nasib ada pakcik google....dan hasilnya terjumpa blog ni. Sama je sebab nak betulkan tayar juga....tq fieyza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakak pon bru je td stering terlock... Uhaiii tq dear fieyza.

      Padam
  3. saya tdi pun terjadi gak, mmg gabra la tpi nasib baik pertolongan bro post psl ni dkt blog.. mmg bersyukur la saya bro. kes saya pun sama �� nk betulkan tayar haha

    BalasPadam
  4. Haaahahahaa...sy pun sama...alhamdulillah ade blog ne...thanx ya

    BalasPadam
  5. Tq sangat berguna . Tetibe je kereta saya terlock stereng dan tempat letak kunci . Dahla abah takde , ada ibu dengan adik2 je gelabah habis . Huh nasib jumpa blog ni . Hihi tq

    BalasPadam
  6. baru je terjadi tadi..mmg gelabah gile haha..terus tnye en google and jumpe blog ni..tqsm ��

    BalasPadam
  7. Ya Allah terima kasih sngt sebab bgtahu cara2 tu😂 sama sngt dngn ape yang saya buat tadi.. pusing stereng tanpa hidupkan enjin.. gelabah ya amat.. terima kasih yee🤗

    BalasPadam
  8. nanti saya nak cuba..pagi td cuba nak amik barang kt seat sebelah..pegangla stereng untuk tahan badan..tiba2 stereng terlock...
    mintak2 nanti cuba berjaya...

    BalasPadam
  9. saya jd pagi ni dkt parking office..nak cuba skjp lg..tq bg tips ni

    BalasPadam
  10. 15/2/2019 jam 9:30am stering kereta terlock sendiri..sama mcm ape yg akak ckp td..nak betulkan stering ttbe jd lock..cuakk baiii..rase cam nk menangis je..thankss sbb kongsikan ilmu yg berguna..mudah-mudahan pahala yg dpt ni berterusan sampai bile2..aminnnnn 👍👍👍👍👍👍

    BalasPadam
  11. selalu sangat jadi streng lock. takut sampai berpeluhh. kadang sendiri start ,kadang mintak tolong orang tapi ada yang orang tak boleh start.apa pun terima kasih hamba ALLAH yang tolong start, yng share tips unlock streng. terima kasihh

    BalasPadam
  12. Saya baru kena terus google.. Thanks..berkesan..

    BalasPadam
  13. Baru je jadi benda ni td..mmg cuak..nasib xjauh dr umah..col ayah dtg..sambil tgu ayh dtg tu try google...jmpe post ni..cube jgk buat mule2 xblh..da giveup...kli ke3 cube blh...alhamdulillah..sgt2 membantu sy post ni 😊

    BalasPadam
  14. Baru kna jugak....alhamdulillah naseb ada encik google

    BalasPadam
  15. Same to me ,otw antar anak ke skola , eh stereng telock , tiba2 terlock ingtkn kereta rosak kelam kabut jglaa ckit , nsb baik "Pacik google mncul" jmpa blog ni try pnya try nsb baik jdi huhu , tengkiuu sngt membantuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alhamdulilah... Syukur kereta saya dah boleh gerakan stering.. Stering terlock tadi masa nak betulkan taya... Tq kepada info ini.. Alhamdulilah pengalaman baru..

      Padam
  16. Tenkiuuu..baru terjadi dan success,alhamdulillah��������

    BalasPadam
  17. Sama juga. Terlock. Pakcik google bawak ke blog ni. Thanks.

    BalasPadam
  18. Nk ikat mudguard yg lomggarsbb skru ipang. Pusingla steering skli terlock. Tahu psl lock stering ni tpi xtau camna nk unlock.������ Stepnya semudah kicap abc rupanya. Terima kasih share.

    BalasPadam
  19. Baru ja td xsat,,,Ya Allah Ya tuhan ku,,dugaan apa aku pagi2 ni,,tp terdetik,,,Allah BG akal Soh Google.. alhamdulillah,,,,jumpa D sini,,,akhirnya berjaya,,,,,,,Keta mati,,,,tayar xsama,,,,Nk BG sama laa,,elok dah sama,,,,JD Keras trs! Hahaha,,, alhamdulillah,,,skg brjaya

    BalasPadam
  20. Terima kasih bang selamatkan kereta saay. Saya tadi panik dengan kawan saya pepastu terjumpa blog ni. Membantu sangat, selamat maju jaya!

    BalasPadam
  21. Terima kasih membantu sangat . YA ALLAH CUAK GILA KETE TAKLEH START , TERLOCK , NAK BGITAU MAA AYAH PON TAKOT . 🥲😅NASIB BAIK EMPUNYA BAGITAU CARA² . TERIMA KASIH TAU SEMOGA MURAH REZEKI DAN JUGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN🥰😊

    BalasPadam
  22. TQ sis, sy baru jer terkene ni. Mujur jumpa Blog akk ni. Alhamdulillah dah bole unlock dah.

    BalasPadam
  23. kenapa saya tak boleh2 nak tercabut dh tangan buat 😮‍💨

    BalasPadam
  24. thanks for the tips 👍🏻

    BalasPadam
  25. Terima kasih ada blog ni. Baru terjadi td sama. Tak smpi 2 saat berjaya unlock balik. Alhamdulillah.syukurr..

    BalasPadam
  26. weyh dah tahun 2024 weyh kete aku terlock juga td aku ni dh lah student bawa kancil comel je bole pulak jd mcm tu gabra weyh terus aku ckp dkt mak aku dia kata benda yg sama tp disbbkan aku risau aku pun google lalu terjumpa blog ni 😭 tq so much btw saya pun bawa kete abah saya

    BalasPadam