Taman Ular dan Reptilia..
Antara ular yang ada di Taman ular reptilia...
Dari apa yang fiey nampak ular2 ni semua makan tikus (tak tau la tikus apa tapi yang fiey nampak tikus tu warna putih), anak ayam dan anak itik..
Kat Taman Ular Reptilia ni bukan je ada ular tapi ada jugak haiwan lain macam rusa, buaya, burung ostrich, ayam, burung puyuh, burung merpati dan arnab..
Ni burung ostrich yang ada kat sini..ada 2 ekor dan dorang ni ada nama sendiri tau..Karoo dengan Klein, anak angkat kemanjaan dan kesayangan Dato' Azizan b. Hamid...
Secara keseluruhannya tempat ni memang menarik. Macam2 binatang ada kat sini mcm mini zoo pun ada tapi majoritinya binatang kat sini mesti la ularkan..dari ular kecil sampai la yang besar..dari yang hidup sampai la yang dah mati dan kena awet ada kat sini.Nampak tempat ni pun terjaga..bersih je..
Okey la...aktiviti lain, lain kali Fiey post..
Kat Perlis ni Fiey pergi Taman Ular Reptilia, Gua kelam, Taman Negeri Perlis, Gua Wang Burma, Ladang Harumanis, Masjid Al-Hussain dan Padang besar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan