Sabtu, 31 Mei 2014

Site visit kat Negeri Perlis pulak.....28-30 Mei....

Kebosanan melanda hari ni walaupun report bukan main banyak nak hantar minggu depan..tak tau nak buat apa dah..semalam Fiey baru balik dari Perlis penat tak hilang lagi, mood nak buat kerja pun tak muncul2 lagi... jom layan gambar-gambar time site visit 28-30 Mei 2014..

Taman Ular dan Reptilia..




Antara ular yang ada di Taman ular reptilia...

Dari apa yang fiey nampak ular2 ni  semua makan tikus (tak tau la tikus apa tapi yang fiey nampak tikus tu warna putih), anak ayam dan anak itik..



 Kat Taman Ular Reptilia ni bukan je ada ular tapi ada jugak haiwan lain macam rusa, buaya, burung ostrich, ayam, burung puyuh, burung merpati dan arnab..

Ni burung ostrich yang ada kat sini..ada 2 ekor dan dorang ni ada nama sendiri tau..Karoo dengan Klein, anak angkat kemanjaan dan kesayangan Dato' Azizan b. Hamid...

Secara keseluruhannya tempat ni memang menarik. Macam2 binatang ada kat sini mcm mini zoo pun ada tapi majoritinya binatang kat sini mesti la ularkan..dari ular kecil sampai la yang besar..dari yang hidup sampai la yang dah mati dan kena awet ada kat sini.Nampak tempat ni pun terjaga..bersih je..

Okey la...aktiviti lain, lain kali Fiey post..
Kat Perlis ni Fiey pergi Taman Ular Reptilia, Gua kelam, Taman Negeri Perlis, Gua Wang Burma, Ladang Harumanis, Masjid Al-Hussain dan Padang besar..




Paya Indah Wetland..15-17 Mac 2014


Fiey pergi Paya Indah Wetland(PIW) 15-17 Mac utk site visit kawasan rekreasi..exited nak pergi coz site visit pertama untuk sem ni..hehe...selalu je bertangguh nak post entry ni...

Paya Indah Wetland tempat yang menarik untuk dilawati tapi masa pergi tak ramai org sangat walaupun hujung minggu sbb kebetulan pergi masa catuan air..chalet x ada org tinggal dan pengunjung pun kurang..sedih sikit part tu.. :(  coz kerja yang fiey dan classmate buat kena edar questionnaire kat orang yang datang PIW..bila dah x ada org,kerja pun tak jalan la..

Balik pasal PIW tmpat ni famous dgn hypo n buaya..ada 4 ekor hypo n seekor baby baru 6 bulan tp masa Fiey pergi juz ada 2 ekor je kat luar n 2 ekor lagi baby hypo n ibunya kat dalam kandang..x dpt la nak tengok baby tu besar mana...hypo-hypo ni akan dikeluarkan secara bergilir2 bila yang dua ni masuk yang dua ekor lagi akan keluar bagi mengelakkan dorang bergaduh.Kalau x silap dua minggu sekali dorang akan ditukar..

   Kalau x silap ni namanya Cendana....

Nampak je mcm jinak kan..boleh dekat..boleh bgi mkan..tp hati2 hypo ni tetap binatang yang merbahaya tau...abg baju biru ni dah pro coz dah kerja dia bagi makan kat hypo ni tp utk kita yg baru je pernah jumpa spesis ni jgn berani nak bagi makan dekat mcm tu. Pihak PIW dah bentang tali sampai had mana kita boleh berdiri n hulur makanan kat hypo..jangan melebihi had okey..

 Kolam buaya pulak lagi besar dari kolam hippo..banyak jugak buaya kat dalam tu tapi tak nampak sangat sbb buaya kat dalam air kot..

Okey yang tu bahagian zon rekreasi..bahagian zon koservasi dan penyelidikan pula ada kawasan penanaman buluh, rumah Melayu, tasik sendayan dan banyak lagi la...tapi kawasan ni tak dibuka kepada pengunjung yang datang secara individu. Zon pendidikan dan zon konservasi dan penyelidikan cuma dibuka kepada pengunjng yang datang secara berkumpulan seperti rombongan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Ia bagi mengelakkan kawasan ni terganggu dengan kunjungan orang ramai keran adua zon ni menjadi habitat burung2 kekal dan migrasi..

Ni antara gambar kedua2 zon ni....

Mengikut makluman dari pegawai Paya Indah Wetland penanaman buluh ni makanan untuk dua ekor panda Fuwa dan Fengyi yang datang ke Malaysia tu.... :)

Jetty tasik sendayan...cantikkan...nampak macam pemandangan pantai tetapi sebenarnya tempat ni tasik bekas lombong..

Rumah Melayu... bila tengok dari depan, rumah ni memang ada ciri2 rumah kampung yang sangat mendamaikan..













Isnin, 26 Mei 2014

Jom kenali pokok......1001 garden plants in Singapore..

1001 Garden Plants in Singapore......

Dah dekat seminggu aku belek buku ni. Tapi pokok yang dicari masih tak jumpa. Dah la tebal gilos..ada 785 page kot (kalau buku ni novel tak la tebal mana...hehehe) Nak cari sejenis pokok je pun tapi yg susahnya bila cari cuma berbekalkan gambar utk tau nama pokok. Kalau dah tau nama pokok dan cuma nak dapatkan gambar, pakcik Google boleh tolong..hehe..Okay dah2 sambung kerja balik........bye... :)

** buku ni dari Singapore..Malaysia sepatutnya ada buku macam ni..senang student nak buat rujukan.. :)

Ahad, 25 Mei 2014

Gambar-gambar Alor Setar

Bandar Sungai Petani...cantikkan...suka landskap kat divider tu..


Pak Nik Cendol...singgah sekejap minum cendol n makan laksa Sungai Petani..


Wisma Negeri Kedah..Lokasi pertama pada hari pertama..

Masjid Zahir....sangat cantik dengan warna hitam dan putih...











Sabtu, 17 Mei 2014

Trip to Alor Setar....11-16 Mei 2014..

Minggu yang memenatkan dah berakhir...opss...mana yang lebih memenatkan?? penat mental atau penat fizikal? Rasanya dua-dua sama...dekat fakulti penat mental, dekat site visit penat fizikal...huhu..

Ni baru balik dari Alor Setar, Kedah hari jumaat lepas selepas 6 hari berkampung kat sana buat projek Town Centre. Town centre punya pasal semua team Town Centre dah tau selok-belok bandar Alor Setar terutama area Pekan Rabu, Masjid Zahir, menara Alor Setar, MBAS dan byk lagi..kalau pergi lagi confem tak sesat..haha..mana taknya dari isnin sampai khamis dari 9 pagi sampai 4.30 petang kerja kitaorang merayau sekitar bandar kumpul maklumat..kalau pergi dengan kereta atau bas tak apa..ni kita orang kena jalan kaki!!!

Dari apa yang boleh nampak bandaraya Alor Setar penuh dengan bangunan-bangunan lama n bersejarah. Sangat unik..cantik dan rasa bukan kat Malaysia.


Ni pejabat pos tapi tak tau la pejabat pos ni masih guna lagi ke tak..

Ni pula Balai Polis..kalau tengok dari dekat rasanya balai polis ni tak guna lagi..

Balai Polis dengan pejabat pos ni berdepanan je sebenarnya. Kat sebelah Balai Polis lama tu la Ibu Pejabat Polis yang beroperasi sekarang ni.

Kenangan perjalanan  6 hari pergi n balik Alor Setar...

Kitaorang bertolak dari bas stop FSPU menaiki bas UiTM pukul 9 pagi hari ahad dan sampai lebih kurang pukul 4 setengah petang kat Alor Setar. Sepanjang perjalanan kita orang berhenti kat 2 RnR tak ingat RnR mana. Sampai Sungai Petani kita orang singgah lagi atas arahan lecturer yang nak kita orang bandingkan kemajuan Sungai Petani dengan Alor Setar. Sempat jugak la turun minum cendol n makan laksa Kedah ( thanks utk abang bas yang ajak kita orang turun rasa cendol Sungai Petani). Lepas makan kita orang pusing bandar Sungai Petani sekejap dan teruskan perjalanan ke Alor Setar. Sampai je Alor Setar terus je pergi ke Nuri Homestay tempat penginapan sepanjang kat sana. Agak selesa, rumah teres dua tingkat kita orang sewa 2 buah satu untuk lelaki n satu lagi untuk perempuan.

Malam pulak abang bas tu bawa kita orang pergi makan. Tak ada yang tau tempat makan yang best kat kawasan tempat tinggal jadi terjah je la tempat makan yang nampak best..kita orang singgah kat sebuah tempat yg macam medan selera, bila masuk je kita orang semua tergamam!! tau kenapa?? lebih 5 orang lelaki datang kat kita orang n kata "adik mari duduk kat sini".."adik nak makan apa? duduk kat sini".."adik mari makan kat sini"..tu baru yang datang kat kita orang ajak duduk kat gerai mereka..ada pula yang siap bawa meja tambahan dari dalam gerai dan letak kat depan kita orang!!! bukan seorang yang angkat meja tp 2-3 orang dari gerai berbeza..adoi..kita orang tak decide lagi nak makan kat gerai mana la..seram dengan cara diorang ni pisiko pelangan..last2 kita orang duduk je la kat mana2..

Hari kedua bermula lah kerja..merayau sekitar Alor Setar hinggalah hari keempat...

Hari terakhir..dalam perancangan kita orang kena pergi Bukit Kayu Hitam..ni pun di atas arahan lecturer yang nak kita orang tengok keadaan sempadan tu sambil shopping n tenangkan fikiran..tapi kata abang bas tempat tu x menarik pun..jadi abang bas cadangkan kita orang pergi Padang Besar,  Perlis..sebenarnya kita orang nak pergi jugak Padang Besar hujung bulan ni trip untuk subjek Recreation and Tourism Planning tapi tak pe la nanti pegi lagi..pasal padang besar nanti-nanti la cerita..

Otw nak  ke Padang Besar salah seorang abang bas tak sihat..jadi abang bas sorang lagi hantar dia g hospital..kita orang tunggu sampai pukul 3 tunggu abang tu dah okey baru gerak balik...tidur je sepanjang perjalanan...rasanya ada la dalam 4 kali bas berhenti kat RnR n budak2 ni turun makan..tapi ramai yang sambung terus tidur sebab penat sangat..dalam pukul 10 malam bas berhenti kat RnR Tapah kat sana baru la segar sikit nak turun dan makan..lepas tu sambung perjalanan lagi...tiba-tiba tengah tidur classmate kecoh sebab dalam bas dah berasap dan bau terbakar!! abang bas berhenti kat tepi dan suruh kita orang turun..semua panik jugak masa tu..bila dah cek abang bas suruh kita orang naik n teruskan perjalanan tapi x sampai 200 meter asap makin teruk..kat luar bas asap dah banyak n bas terus berhenti kat tepi highway..masa tu dah 11 setengah malam..abang bas kata bas ni tak boleh jalan dah..dia call bas UiTM lain tuk ambik kita orang kat tepi highway..selepas beberapa jam tunggu baru la bas lain sampai dekat pukul 1 pagi.. haih...macam2 dugaan..akhirnya sampai jugak kat UiTM..

Terima kasih tuk abang bas yang bawa kita orang dari Shah Alam > Alor Setar > Bukit Kayu Hitam > Padang Besar n balik semula ke Shah Alam... n x lupa jugak abang bas yang ambik kita orang kat tepi highway pagi2 buta...hehe..kesian abang tu sedap2 tidur terganggu sebab kena ambil kita orang..

banyak pengalaman sepanjang trip kali ni...gambar-gambar lain sepanjang kat sana nanti2 la masukkan..




Isnin, 5 Mei 2014

Kampung Baru- 'Perubahan' membawa kebaikan atau keburukan?

Semester ni untuk kelas Urban design aku sedang buat kajian mengenai kehilangan identiti Melayu di Kampung Baru. Betul ke identiti masyarakat Melayu di Kampung Baru sekarang ni mulai hilang? Apa yang menjadi faktor kehilangan identiti Melayu? Kemajuan???

Bagi aku yang baru kenal Kampung Baru dan yang sebelum ni cuma kenal Kampung Baru melalui tv, surat khabar dan internet ni je dah set dalam fikiran, Kampung Baru penuh dengan identiti sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Kawasan yang aman dan tidak begitu sibuk. Orang seperti aku mempunyai anggapan seperti itu mengenai Kampung Baru. Jadi, perlu ke kemajuan di buat di Kampung Baru? Pada aku kemajuan akan membawa perubahan kepada identiti asal sesebuah kawasan. Kalau Kampung Baru dah maju apa lagi keistimewaan Kampung Baru? Pasti orang yang ingin melihat keistimewaan tersebut akan merasa kecewa.

Mungkin kemajuan boleh di buat tetapi bukan dengan memusnahkan identiti kampung berkenaan.



p/s Semua ini berdasarkan pendapat aku je....

Khamis, 1 Mei 2014

AutoCad, GIS, MapInfo, Sketch-up, SPSS.....

Ada beberapa software yang penting untuk student Town Planning :) kalau x de software ni memang x boleh buat keje..Autocad untuk design layout..sketch-up untuk buat lukisan (software ni x byk digunakan pun), GIS n MapInfo untuk tentukan sesuatu kawasan dan SPSS untuk kira data contohnya data dari questionnaire...dan rasanya software ni akan bertambah mengikut sem...

Software2 ni semua memang memeningkan kepala. Terutama sekali software AutoCad..Nak buat memang senang..ala buat layout cuma perlu idea n rasional..tapi..jangan lupa buat layout mesti berdasarkan guideline dari JPBD (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) negeri masing2. Leceh jugak sebenarnya buat kerja guna Autocad terutama bila software tu dah mula ada problem..biasanya software akan jammed..kalau dah jammed n tak sempat nak save kerja 2-3 hari boleh hilang macam tu je..tu yang pentingnya kalau dah buat satu2 kerja tolong la save..

Kalau student2 baru nak dapatkan software ni jangan la segan2 minta kat senior..Sure mana2 senior boleh tolong..mybe kalau nasib baik dapat pakej tutorial lagi...hehe..