Rabu, 30 April 2014

Tak tidur malam boleh bawa maut???

Bunyi mcm seram je....tidur kurang 6 jam sehari boleh bawa maut info harian...hemm..fiey memang kurang tidur mlm bukan sebab x nak tidur tp sebab bebanan assignment,assesment,test,presentation yang berlambak..lebih2 lg bila dah tiba masa kena submit plan...huhu..x tidur 2 hari tu bnda biasa..tapi jadi lebih menyedihkan bila dah tak tidur mlm..hantar plan kena reject pulak...adoi...ngantok x hilang lagi tambah pulak dengan rasa kecewa..sabar je la...adat belajar..

Mengikut kata info harian
Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit
Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik
Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang
Seorang pelajar kolej yang bekerja sambilan pada waktu malam misalnya akan mengalami masalah menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas
Semasa peperiksaan, mereka mengalami kesukaran pula untuk mengingat kembali ilmu yang telah dipelajari
Justeru, setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing
Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak
Tempoh waktu tidur nyenyak pula perlulah serasi dengan jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 malam hingga 2 pagi.

Jadi bagi yang ada masa untuk tidur tu tidur la secukupnya ye...tapi jangan berlebihan pulak kang jadi satu penyakit lagi....penyakit MALAS!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan