Rabu, 30 April 2014

Tak tidur malam boleh bawa maut???

Bunyi mcm seram je....tidur kurang 6 jam sehari boleh bawa maut info harian...hemm..fiey memang kurang tidur mlm bukan sebab x nak tidur tp sebab bebanan assignment,assesment,test,presentation yang berlambak..lebih2 lg bila dah tiba masa kena submit plan...huhu..x tidur 2 hari tu bnda biasa..tapi jadi lebih menyedihkan bila dah tak tidur mlm..hantar plan kena reject pulak...adoi...ngantok x hilang lagi tambah pulak dengan rasa kecewa..sabar je la...adat belajar..

Mengikut kata info harian
Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit
Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik
Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang
Seorang pelajar kolej yang bekerja sambilan pada waktu malam misalnya akan mengalami masalah menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas
Semasa peperiksaan, mereka mengalami kesukaran pula untuk mengingat kembali ilmu yang telah dipelajari
Justeru, setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing
Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak
Tempoh waktu tidur nyenyak pula perlulah serasi dengan jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 malam hingga 2 pagi.

Jadi bagi yang ada masa untuk tidur tu tidur la secukupnya ye...tapi jangan berlebihan pulak kang jadi satu penyakit lagi....penyakit MALAS!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu, 26 April 2014

I miss my hometown.....

Rindunya nak balik Lawas ,Sarawak...huhu..padahal baru je minggu lepas balik time cuti mid sem..12-20 April..cepat la masa berlalu..habiskan sem ni n balik cuti lagi..rindu ngan mama, papa n adik2...n rindu ngan my bunny gak yg dah makin byk tu......


Yg ni culik kejap dr mak bpak dy..skrg adik brdik dy ni dah mkin ramai....gmbr ni msa cuti sem lpas..cuti med sem ari tu nmpak dy dah besar..sma bsar dgn mak bpk dy...

Masa ni bru 4 ekor...balik ari tu dh jd 8 ekor...balik nanti enth brpa ekor pulak la...tgk bpk dy..tgk fiey dtg nk ambik gmbr trus dy bgun n mcm nak serang hehe...tkut sgt org ambik ank dy..


Khamis, 10 April 2014

Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah?? kos apa tu????


Pasti ada yang masih tertanya-tanya kos apa la Perancangan Bandar dan Wilayah ni. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Tapi tak pernah dengar tak semestinya kursus ni tak penting. Kalau dalam bidang pekerjaan, bidang Perancang Bandar ni la bidang yang terpenting dalam pembangunan sesebuah bandar.

Kalau kat UiTM, Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah di bawah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Untuk degree kursus ni cuma ada kat kampus induk Shah Alam.

Tak pernah dengar pasal kos ni?? Ya, sebab kursus ni tak la sepopular arkitek atau senibina landskap walaupun dalam fakulti yg sama. Disebabkan nama kos ni panjang sangat jadi biasa orang paggil Town Planning atau Perancang Bandar je.

Dengar nama kos ni mcm susah?? Tu la yg bermain di fikiran aku masa mula-mula dapat kos ni dulu. Ada juga yang kata kalau kerja nanti boleh jadi D.O. aka Pegawai Daerah..hahaha...mengarut la..

Kerja Perancangan Bandar dan Wilayah ni akan melayakkan kita bekerja sebagai Pegawai Perancang. Macam nama kursus ni juga perancangan. Peluang kerja untuk kursus ni ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kalau belajar dalam kos ni kita akan belajar macamana untuk merancang pembangunan sesebuah bandar, melukis pelan pembangunan dan banyak lagi.

Pernah dengar tentang Rancangan Fizikal Negara? Rancangan Struktur Negeri? Rancangan Wilayah? Rancangan Tempatan Daerah? Rancangan Kawasan Khas? Okey, dalam kursus ni kita akan tau dan belajar pasal semua ni. Yang nak tau apa benda yang aku tulis tu boleh cari encik google. Benda-benda tu suatu yang penting untuk pembangunan negara kita, negeri atau daerah korang semua.


Belajar dalam kos ni memang mencabar, kalau kata nk masuk universiti untuk happy-happy. Masuk bilik kuliah dengar lecturer membebel, lepas tu balik dan datang lagi esok hari buat benda yang sama dan cuma nak buat assignment sikit-sikit ..presentation sikit-sikit then tunggu final exam...BAIK TAK PAYAH ambil kos ni. Kena ada komitmen yang tinggi untuk masuk kos ni.

Stress, tak cukup tidur, design layout kena reject, report kena reject, submission bertindih mana nak siapkan subjek studio dan mana lagi nak siapkan subjek lain. Kadang-kadang kalau kerja banyak, studio( kelas untuk student town planning) tu la tempat kita 24 jam. Datang kelas pagi, pagi esoknya baru balik rumah atau kolej. Benda biasa, alah bisa tegal biasa. Dah lama-lama nanti lali la dengan benda ni.

Tapi jangan la fikir semuanya teruk pasal kos ni ada juga best nya. Yang paling best untuk orang yg suka jalan-jalan. Kos ni banyak site visit(bagi student UiTM la U lain ada juga kot) paling best bila dah semester 6 boleh pegi luar negara. Tu wajib pergi. Kalau baru-baru masuk tu site visit dekat-dekat je. Bila dah semester 2 ke atas boleh la pegi negeri-negeri lain kat Malaysia ni tapi jangan pulak fikir pergi jalan-jalan je. Dah namanya site visit mesti la ada kerja yang kena buat kat site tu kan??

Kalau ambik kos ni sebab minat memang tak ada masalah. Kalau tak minat tu try la dalami lagi pasal kos ni mna tau boleh jatuh cinta. Tak pandai mlukis tak apa. Kita buat kerja kebanyakannya guna software. Ada la kot yang memerlukan kita melukis tapi tak ada la banyak atau susah sangat.