Isnin, 23 Mei 2016

Thesis oh thesis

Nak tanya soalan..ada tak orang nak buatkan thesis aku?

Haha..soalan mengarut dari aku.

Aku malas sangat nak buat thesis. Aku tak minat nak membaca benda-benda fakta ni. Apa lagi nak baca teori-teori yang memeningkan tu. Adoi..baca novel aku suka la..

Tapi tak siap thesis tak boleh graduate..macamana tu??

Entah apa aku merepek ni..

Rabu, 20 April 2016

Pengalaman mengajar kita...cerita budak intern..

Alhamdulillah..rezeki minggu ni. Hari tu dapat spagetthi. Hari ni dapat nasi ayam. Murah betul rezeki Jabatan Kerja Raya ni..Thanks bos sebab belanja. Sedap sangat.

Okey bukan nak cerita pasal tu tapi hari ni banyak benda baru yang aku belajar. Dari 8.30 pagi aku sampai. Aku terjebak dengar cerita bos..haha..Bos ni bos lain bukan yang belanja makan tu. Ni bos atas lagi kat bahagian pentadbiran yang juga merangkap kawan baik abah.

Fuh..dia memang pandai bercerita. Abah dah cakap dulu kawan dia yang ni memang tak akan habis kalau bercerita. Tapi best juga dengar cerita dia. Bermula dengan jati diri, akhlak, akidah, sistem pendidikan, lepas tu masuk pasal anak-anak dia, aktiviti hujung minggu dia dan balik semula kepada sistem pendidikan yang menyebabkan kes buli berlaku. Banyak lagi sebenarnya.. Dari pukul 8.30 pagi sedar-sedar dah pukul 10.18 pagi.. haha..Hebat tak dia bercerita??

Tak lama lepas dia habis cerita aku dapat satu panggilan dari kaunter. Aku bukan jenis yang suka jawab panggilan. Kadang-kadang suka sangat nak elak kalau ada panggilan masuk.

Tapi hari ni nasib tak baik kot. Akak kaunter tu minta tolong aku jaga kaunter kejap. Okey..jaga kaunter tak apa tapi ni jawab telefon sekali.

Adoi..aku tak ada basic langsung cara nak jawab panggilan. Nak tekan apa. Nak sambung panggilan macamana. Gelabah gila. Aku berlari dari kaunter ke jabatan yg paling dekat. Minta tolong..haha..

Semua orang macam tu ke? Ke aku seorang je yang gelabah?

Ahad, 17 April 2016

Cara untuk unlock stereng kereta..

Hari ni aku dapat satu lagi pengalaman.

Serius cuak. Masa parking kereta kat office tadi, aku tengok tayar kereta senget dan dengan confident nya aku pulas stereng kereta nak bagi lurus tanpa start enjin. Tiba-tiba aku dengar bunyi 'tik'. Otak aku dah start fikir bukan-bukan. Stereng kereta ni patah ke?? Hihi

Try gerakkan stereng kereta tak boleh. Aku mula la gelabah..try masuk kunci, kunci pun tak boleh gerak nak start enjin!

Masa tu aku cuma fikir nak call abah. Tapi aku fikir balik. Tak boleh. Mesti abah risau nanti.

Jadi nak cari penyelesaiannya tanya 'Pakcik Google'. Okey dapat. Senang je.

1st..Masukkan kunci

2nd..Pusingkan stereng

Kiri kanan sambil try start kereta. Buat sampai boleh gerak stereng dan boleh start kereta. Masa nak pusing stereng tu memang keras sikit. Kena buat sepenuh hati tapi jangan over pulak.

Aku terlebih pusing stereng ke kiri sebelum stereng tu ter lock tadi, jadi masa nak unlock, memang dah tak boleh nak pusing stereng ke kiri macam yang blogger lain buat. Jadi aku pusing ke kanan.

Cuba lebih kurang 1-2 minit akhirnya aku berjaya jugak selesaikan.

Melalui pembacaan aku selepas benda ni jadi, stereng lock tu sebenarnya untuk keselamatan. Sama macam external stereng lock yang warna merah-kuning-hitam atau hitam-kuning yang orang selalu pakai kat stereng kereta. Tapi bila kita tak tau kewujudan stereng lock dengan cara ni, mula la kita rasa gelabah dan anggap satu masalah. Sama macam aku..hihi

Tapi kes viral yang stereng kereta lock sendiri masa kereta tengah jalan dan menyebabkan kemalangan tu aku tak tau ye kenapa dan macamana nak selesaikan. Kena tanya yang lebih pakar.

Sepanjang aku bawak kereta abah dekat dua bulan ni dah macam-macam benda yang jadi. Mula-mula dulu kereta tiba-tiba tak boleh start. Sampai abah datang dari jauh nak tengok rupa-rupanya kereta tu habis bateri. Tapi yg peliknya tak ada tanda-tanda nak habis bateri pun.

Kedua..aku terlanggar anjing otw nak balik rumah. Aku tak sengaja. Tiba-tiba ja anjing tu meluru ke depan kereta dari seberang jalan. Aku tak bawa laju pun tapi tak sempat jugak nak tekan habis brek. Akhirnya..anjing tu sihat walafiat, bumper kereta pecah, nombor-nombor kat plat kereta berterabur tertanggal.

Aku tak sengaja nak pecahkan bumper kereta dan aku tak sengaja nak langgar anjing tu.

Dan yang ni ketiga.

Harapnya ni yg terakhir.

Rabu, 6 April 2016

Start Latihan Industri..

Aku mula praktikal ni dah lebih sebulan. Praktikal kat tempat aku je dan tak ada benda yang best pun yang aku boleh cerita. 

Pergi kerja, balik kerja. Masuk office, keluar office. Buat benda sama setiap hari. Haha..Macam tak ada kerja ja kan??..ada..banyak sangat kerja nak kena buat. 

Aku di beri tugasan yang perlu aku selesaikan dalam masa tiga bulan lebih aku di sini. Bukan tugasan yang susah pun tapi rumit sampai kadang-kadang aku buntu macamana nak selesaikan. Haih..sekarang ni pun aku tengah buntu la ni sampai waktu office hour pun aku boleh tulis blog..hemmm...


Ahad, 20 Mac 2016

Cara selesaikan - The User Profile Service Failed The Logon

Kebelakangan ni laptop aku selalu ada masalah. Beberapa bulan lepas mother board rosak tapi nasib baik masa tu kat Shah Alam. Banyak jugak pilihan kedai yang boleh baiki mother board laptop.

Tapi hari ni aku ada kat Lawas Sarawak. Hometown aku yang tercinta. haha.. Mana kedai laptop yang boleh selesaikan masalah aku sekarang ni?

Pagi-pagi, buka ja laptop kat office, masuk password  dia keluar The User Profile Service Failed The Logon..apa pulak ni...

Haa..bila keluar ni aku jadi risau. Apa nak buat? Okay..first, bertenang..aku selalu percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Jadi aku kena tanya someone yang serba tahu. Siapa lagi kalau bukan pakcik Google..

Banyak jugak cara nak selesaikan masalah ni. Tapi aku ambik yang paling senang.

Ni step yang perlu buat ..

1.            Bila keluar The User Profile Service Failed The Logon, Restart laptop. Bila dah tekan restart, klik F8 banyak kali sampai keluar Advanced Boot Menu. Kalau tak keluar restart semula sampai dapat Advanced Boot Menu tu.

2.            Bila dah keluar Advanced Boot Menu, pilih Safe Mode with Networking. Tekan je petunjuk ke bawah kat keyboard sampai kat Safe Mode with Networking.

3.            Laptop akan logged in tapi dengan keadaan yang berbeza (mode laptop jadi tak normal). Dah boleh logged in, klik start dan cari System Restore. Klik System Restore dan klik Next. Tick kat Show More Restore Points dan klik Next dan Finish. Laptop akan automatik restart.

4.            Step 4 kena download Malwarebytes Anti Malware untuk protect laptop. Sebab antivirus lain tak boleh protect daripada Malware yang boleh menyebabkan corrupt.

Tapi disebabkan Malwarebytes Anti Malware ni harga dia RM107.95 untuk setahun..emmm..nanti la..


Mudah je kan?? 

Untuk info lebih lanjut cara nak install Malwarebytes Anti Malware boleh buka link di bawah. Dia tunjuk step by step cara nak install. Yang tak faham step aku buat kat atas tu pun boleh buka link sama. Aku ikut step dia je..

Selasa, 17 November 2015

First Impression...

Pernah terjebak dengan first impression?

Pandangan pertama kita tentang seseorang. Kadang-kadang boleh jadi pandangan pertama kita betul dan boleh juga jadi salah.

Hari ni aku pergi kelas jalan kaki. Lalu kat jejantas dan nampak seorang lelaki. Dalam lingkungan 40'an. Bukan kali pertama. Rasanya dah dekat 3 minggu lelaki tu kat sana. Kawan aku kata dia mabuk tapi aku tak nampak pula botol arak kat sana. Mungkin dia homeless.

Tapi tak la setiap hari aku terserempak dengan dia. Semalam aku nampak bantal peluk dia je ada kat jejantas tu. Dua minggu lepas nampak dia masih tidur beralaskan kotak. Tapi hari ni dia ada kat sana. Duduk kat tangga. Mungkin semua orang akan rasa apa aku rasa masa tu. Takut. Semestinya.

Tapi tiba-tiba masa melintasi lelaki tu, dia bersuara. "Good Morning!. Belajar baik-baik. Sembahyang." Pada seorang pelajar lelaki non-muslim di belakang kami pun dia sapa "Good Morning boy!. Belajar baik-baik. "

First impression aku tentang lelaki tu dulu..aku ingatkan lelaki tu tak waras. Tapi dari apa yang dia cakap semestinya dia waras kan?

Ahad, 1 November 2015

Kembara di Indonesia - NuArt Sclupture Park

Ada yang tahu tentang NuArt Sclupture Park? Bagi yang meminati karya seni patung boleh la datang ke sini.

NuArt Sclupture Park terletak di Bandung, Indonesia. Tanah seluas 3hektar didirikan sebuah galeri, bangunan cafe, workshop, tumbuh-tumbuhan hijau dan macam-macam lagi. NuArt milik seorang seniman iaitu Bapak Nyoman Nuarta yang berasal dari Bali. Karya Bapak Nyoman ni lebih kepada hasil-hasil patung yang diperbuat daripada besi.

Sangat indah bila kita melihat hasil karya ini sambil mengetahui maksud di sebalik karya tersebut. Masuk ke dalam taman ini kami di iringi oleh 2 orang tour guide. Aduh..aku bukan jenis yang mudah nak ingat nama orang. Okey kat sini aku letak gambar dorang je. Terima kasih untuk 2 orang ni yang memberikan perkongsian ilmu yang sangat berguna.



Mendengar kisah-kisah di sebalik patung-patung karya Pak Nyoman yang disampaikan oleh 2 orang tour guide ni boleh buat aku dan kawan-kawan aku meremang. Aku teruja mendengar kisah dari satu patung ke satu patung.

Mula-mula di satu kawasan seperti sebuah amphitheater kami berkumpul sambil mendengar penerangan berkenaan kawasan NuArt. Selepas tu kami di bawa masuk ke dalam galeri.

Di luar galeri pun kami dah dapat melihat karya Pak Nyoman yang diletakkan di sepanjang laluan.


Ni salah satu daripadanya.

Ada banyak lagi seperti patung ratu dangdut Indonesia iaitu Inul, patung kuda dan patung lainnya.

Masuk ke dalam galeri, patung pertama yang kami lihat adalah patung binaan Borobudur yang dibuat tahun 1996 dan patung Garuda Wisnu Kencana.



Pada masa ini, patung Garuda Wisnu Kencana yang terbesar sedang dalam pembinaan. Bila siap nanti ia akan menjadi patung ketiga terbesar di dunia dan akan di tempatkan di Bali. Di Nuart Sclupture Park ni terdapat sebuah workshop yang digunakan untuk membina partikel-partikel kecil patung tersebut. Dari apa yang di beritahu oleh tour guide kami terdapat lebih kurang 700 partikel digunakan untuk menyiapkan patung tersebut dan partikel tersebut akan di angkut menggunakan trak. Sebuah trak hanya akan memuatkan 2 partikel patung tersebut. Boleh bayangkan besar mana patung tu kan. Dalam masa 3 tahun akan ada lebih 300 trak yang akan membawa keluar partikel patung tu untuk dibawa ke Bali. Perjalanan dari Bandung ke Bali pula bukan perjalanan yang dekat. mengambil masa berjam-jam juga untuk sampai.

Okey, di dalam galeri kami di beri penerangan berkenaan pembuatan patung Garuda Wisnu Kencana. Terdapat lebih 200 seniman yang bekerja sebagai tenaga profesional dalam pembuatan patung ni dan mereka semua dikalangan anak muda tempatan yang memiliki ijazah. Ini bagi menjamin kualiti pembuatan patung tersebut. Begitu teliti Pak Nyoman dalam penghasilan patung tesebut. Menurut tour guide kami juga, Pak Nyoman akan datang setiap hari ke workshop untuk melihat sediri pembinaan patung tu.

Di dalam galeri dua tingkat ni terdapat juga beberapa patung lain. Seperti patung yang menggambarkan beberapa orang yang sedang menunggang basikal.


Aku tak faham sangat makna di sebalik patung ni. Tapi ni di antara patung yang aku suka.

Selain tu terdapat patung seorang perempuan yang berwarna putih. Yang ni pun aku tak jelas akan maksudnya.


Oh ya.. Pak Nyoman suka menggunakan perempuan dalam mengaplikasikan seninya tapi bukan bermaksud dia tak suka atau benci pada kaum perempuan tapi kerana rasa kasih dan pedulinya pada kaum perempuan. Ini boleh dilihat dari karyanya yang diberi nama Mimpi Buruk atau Nightmare.(Abaikan bila bahasa Indonesia keluar dalam penulisan aku ni. Aku masih dibayangi cara penerangan tour guide tu..huhu)


Karya ni menceritakan berkenaan Mimpi Buruk warga Indonesia pada tahun 1997-1998 dimana berlakunya krisis ekonomi Indonesia. Pada masa tu pemerintah Indonesia percaya punca berlakunya krisis ekonomi disebabkan oleh kaum cina, jadi mereka merogol dan menbunuh wanita berbangsa cina di Indonesia. Karya ini juga diadaptasikan dalam bentuk puisi yang bertajuk Mimpi Buruk yang ditulis di Jakarta pada 20 Mei 1998. Jika di lihat dari tingkat atas galeri tu akan nampak patung Mimpi Buruk terbahagi kepada 4 bahagian. Ia bukan sengaja dibahagikan kepada 4 bahagian kerana sukar untuk dipindahkan tetapi saat wanita tersebut di rogol dan di bunuh mereka turut di kerat kepada 4 bahagian.

Rentetan dari kekejaman terhadap wanita pada masa tu Pak Nyoman menghasilkan karya ni supaya boleh menjadi teladan kepada semua. Supaya peristiwa sama tidak lagi berulang di masa hadapan.

Naik ke tingkat atas kami disajikan dengan karya Pak Nyoman yang diadaptasikan buat cucunya. Di mana ada patung yang terdapat dua orang bayi seorang bayi terbang ke atas dan seorang lagi kakinya nenjejak bumi. Karya ni menceritakan tentang dua orang cucu kembar Pak Nyoman yang seorang selamat dan seorang lagi telah meninggal dunia. Di patung lain pula dapat di lihat kepala bayi yang keluar dari satu pintu. Pintu tu sebenarnya merupakan perut ibunya di mana bayi tersebut lahir secara cesarean. Di satu patung lagi merupakan cucu sulung Pak Nyoman di mana pada karya tersebut terdapat cucu Pak Nyoman bersama seekor cicak. Menurut tour guide kami cicak tu merupakan haiwan kesukaan cucu Pak Nyoman. Haih..memang bukan aku la..aku paling tak suka dengan binatang bernama cicak..

Terdapat juga patung berupa beberapa orang tentera. Terdapat seragam tentera bersama topi tentera tapi tanpa kepala dan badan.



Gambar ni aku cilok dari fb kawan aku. Sorry ye..aku tak semapt tangkap gambar. Karya ni menceritakan tentang kehidupan tentera pada masa dahulu yang perlu hidup tanpa jiwa. Membunuh tanpa rasa belas untuk mempertahankan negara. Sangat mendalam maksudnya.

Berpindah ke karya lain.


Ni karya Pak Nyoman pada tahun 2004. Mesti ramai yang ingat apa yang terjadi pada tahun 2004 kan? Ya..tsunami. Karya ni menceritakan betapa kecilnya kita berbanding kuasa tuhan. Kita tak mampu lari ke mana-mana saat tsunami melanda. Betapa tingginya ombak yang boleh menenggelamkan manusia.


Ni workshop Nuart Sclupture Park. Boleh nampak betapa besarnya patung Garuda Wisnu Kencana. Satu petak tu bersamaan tinggi seorang lelaki dewasa. gambar kat bawah menunjukkan tempat kuku garuda tu.


Okey..tu je lah..nanti aku tambah gambar lain lagi yang ada kat Sclupture Park ni. Banyak lagi karya menarik kat sini.